View: 182|Reply: 0
|
Syarikat perladangan Indonesia bergabung
[Copy link]
|
|
Penyatuan 15 firma hasilkan aset RM16.91 bilion\rKERAJAAN Indonesia merancang untuk mewujudkan syarikat minyak sawit dan getah terbesar dunia menjelang Mac ini dengan menggabungkan syarikat peladangan negeri dengan jumlah keseluruhan aset AS$5.6 bilion (RM16.91 bilion), kata menteri kerajaan itu semalam.\r\n\n\n\n\r Rancangan menyenaraikan syarikat itu akan menarik minat pelabur ke dalam negara itu yang baru-baru ini menerima penarafan ‘gred pelaburan’ dan mewujudkan persaingan baru kepada syarikat perladangan terkemuka serantau lain seperti Sime Darby di Malaysia dan Wilmar (Singapura).\r\r\n\n\n\n\n Kerajaan akan menggabungkan aset daripada 15 syarikat negeri, yang meraih pendapatan sekitar 40 trilion rupiah (RM13.47 bilion) tahun lalu, di bawah sebuah syarikat induk iaitu PT Perkebunan Nusantara III.\r“Penyatuan itu akan menjadikannya antara syarikat perladangan terbesar dunia dengan jumlah ladang mencecah sejuta hektar bagi sawit dan getah,” kata Menteri Perusahaan Negeri, Dahlan Iskan dalam satu temu ramah Jakarta, semalam.\rNegara yang memiliki 17,000 pulau itu adalah pengeksport minyak sawit terbesar dunia; pengeluar getah dan kopi robusta kedua terbesar serta pengeluar koko ketiga terbesar. \rSyarikat itu mengeluarkan semua komoditi ini termasuk teh, beras, ubi kayu dan gula.\r\n\n\n\rPenganalisis berkata, penggabungan syarikat itu akan menghasilkan kesan kepada ekonomi tetapi tidak akan memberi impak dramatik kepada bekalan komoditi.\r“Mereka telah mengeluarkan komoditi itu sebelum ini. Ia bukanlah bekalan baru yang memasuki ke dalam pasaran. Ini adalah hanya rasionalisasi terhadap aset berkaitan kerajaan,” kata penganalisis OCBC Bank di Singapura, Carey Wong.\rPenggabungan syarikat perladangan kali terakhir dilakukan pada 2008 apabila kerajaan Malaysia menggabungkan tiga syarikat perladangan berkaitan kerajaan untuk membentuk Sime Darby, yang dianggap syarikat perladangan terbesar dari segi aset. \rSyarikat perladangan Indonesia akan bergabung untuk menghasilkan lebihan nasi sehingga 500,000 tan daripada penanaman padi baru di kawasan seluas 100,000 hektar di timur Kalimantan di pulau Borneo, kata Iskan, tanpa memberikan jangka masa bagi pengeluaran itu.\rIndonesia, negara keempat terbesar dari segi jumlah penduduk di dunia, sedang mencuba untuk berdikari dari segi penghasilan makanan asas. \rNamun begitu, ia mengejutkan pasaran rantau tahun lalu dengan pengimportan besar-besaran dari Thailand dan Vietnam dengan peningkatan dalam pengeluaran padi dapat membantunya untuk tidak mengimport tahun ini.\r“Saya menjangka Indonesia boleh menghasilkan tambahan padi sebanyak 280,000 hingga 300,000 tan daripada kawasan penanaman baru seluas 100,000 hektar ini,” kata Chookiat Ophaswongse, Presiden Kehormat Persatuan Pengeksport Beras Thailand.\rSyarikat perladangan pada tahun ini dilarang daripada mengembangkan keluasan ladang mereka ke kawasan hutan seperti Borneo menerusi moratorium dua tahun Indonesia terhadap pembersihan hutan baru dan pengambilalihan tanah. \rIa dilihat menimbulkan kesukaran kepada negara yang terkenal dengan kerenah birokrasi itu.\rIndonesia Disember lalu meluluskan draf undang-undang tanah yang bertujuan mempercepatkan pengambilalihan tanah bagi kepentingan awam khususnya bagi projek negeri dan undang-undang itu akan membolehkan syarikat baru memperoleh akses kepada tanah untuk menghasilkan beras. – Reuters
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|