CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 168|Reply: 0

Mitsubishi lancar SUV versi baru Khamis

[Copy link]
Post time 1-2-2012 09:05 AM | Show all posts |Read mode
MITSUBISHI Motors Malaysia akan melancarkan Mitsubishi ASX, kenderaan sports utiliti (SUV) crossover kompak yang dinaikkan taraf Khamis ini.\rMitsubishi ASX yang dinaikkan taraf itu menawarkan pelbagai pembaharuan meliputi rekaan dalaman, reka bentuk luaran dan spesifikasi pemanduan yang maksimum, bagi memenuhi kepuasan gaya hidup lasak dan aktif pengguna tempatan.\r\n\n\n\n\r  Ia meliputi penggunaan rim aloi 17 inci, pengubah mod kelajuan di stering, cermin sisi automatik, kunci pintar, sistem operasi kenderaan menggunakan butang tekan hidup enjin dan tempat duduk yang diselaputi kulit bertaraf premium untuk keselesaan dan sokongan pemanduan.\r\r\n\n\n\n\n  Selain itu, ia juga dilengkapi stering telescopic, LCD untuk paparan maklumat, sistem hiburan menggunakan skrin sesentuh, penderia di bahagian depan dan belakang untuk menyokong pandangan daripada kedua-dua kamera sisi ketika mengundur atau meletakkan kenderaan, katanya.\r“Versi baru ini ditawarkan pada harga RM138,156.10 tidak termasuk insurans, dan pengguna boleh memilih mana-mana empat warna eksklusif ASX iaitu Putih Mutiara, Hitam Kaca, Merah Metalik dan Kelabu Titanium.\r“Pemilik akan menikmati jaminan selama tiga tahun atau 100,000 kilometer bersama-sama pakej penyelenggaraan Mitsubishi percuma untuk tempoh dua tahun,” kata Mitsubishi Malaysia dalam kenyataan.\rModel ASX pernah memenangi anugerah kenderaan crossover kompak paling ekonomi dari segi penggunaan minyak bagi kategori SUV Kompak 2.0-liter.\r\n\n\n\rIa hasil inovasi kawalan pemasa elektronik bagi injap Mitsubishi (MIVEC) iaitu satu teknologi eksklusif yang akan menentukan masa kemasukan minyak bagi mengoptimumkan prestasi kenderaannya.\rTransmisi automatik enam kelajuan CVT dan mod sport yang ditampilkan pada Mitsubishi ASX itu juga membolehkan kawalan mengubah kelajuan yang lebih senyap dan cekap setiap kali pemandu mengubah gear.\rTahap keselamatan kenderaan SUV itu dikekalkan dengan kawalan penstabilan aktif (ASC) dan sokongan pemula pendakian (HSA) - bagi memudahkan kenderaan dimulakan dalam kedudukan mendaki cerun bukit tanpa menyebabkannya tergelincir semula ke belakang.\rIa turut dilengkapkan sistem keselamatan komprehensif standard lain seperti Anti-Lock Braking System (ABS), Electronic Brake Force Distribution (EBD) dan beg udara SRS.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-2-2025 01:45 AM GMT+8 , Processed in 0.033613 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list