CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 66|Reply: 0

Lelaki lepas tembakan ketika bertengkar

[Copy link]
Post time 1-2-2012 08:05 AM | Show all posts |Read mode
SEGAMAT: Keluarga seorang petugas syarikat utiliti menempuh saat mencemaskan apabila tembakan yang dilepaskan seorang lelaki ketika bergaduh dengan jiran bersebelahan, tersasar memasuki ruang tamu rumah mereka dalam kejadian dekat Bukit Siput di sini.\rDalam kejadian pada jam 12 tengah hari Ahad lalu di Taman Bukit Jaya itu, tembakan yang dilepaskan suspek susulan pergaduhan itu memecahkan tingkap sebelum terjatuh di ruang tamu rumah pembaca meter air, Mohd Radzuan Mohamed Taib, 49.\r\n\n\n\n\r    Mohd Radzuan berkata, beliau sekeluarga bernasib baik kerana mereka sedang berada di dapur ketika kejadian berlaku.\r\r\n\n\n\n\n  Katanya, sebelum kejadian itu, beliau terdengar jirannya sedang bertengkar dengan seorang lelaki yang tidak diketahui dalam loghat Mandarin di luar rumah dan tidak menyangka pergaduhan berkenaan berlarutan hingga membabitkan tembakan.\r“Selepas mendengar pertengkaran itu,  tiba-tiba kami terdengar  tembakan dilepaskan,  cermin pecah di ruang tamu rumah. \r“Saya bergegas meninjau sebelum melihat sebuah kereta putih berada di hadapan rumah jiran sebelum pemandunya memecut melarikan diri,” katanya.\rBeliau yang bimbang dengan keselamatan keluarganya kemudian bergegas membuat laporan  kejadian di di Ibu Pejabat Polis Daerah Segamat.\rPemangku Ketua Polis Daerah Segamat, Deputi Superintendan Anuar Ismail, berkata susulan laporan yang diterima,  pihaknya melancarkan gerakan sebelum mengesan suspek di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Sedenak Lebuh Raya Utara-Selatan menghala ke selatan, pada jam 4 petang hari sama.\rKatanya, pemeriksaan polis terhadap Perodua Myvi yang dipandu suspek berusia 38 tahun itu kemudian menjumpai sepucuk pistol jenis Llama dengan tiga peluru yang disembunyikan di bawah tempat duduk penumpang hadapan.\r“Siasatan awal mendapati suspek bergaduh dengan seorang pemilik syarikat pembinaan berkaitan masalah peribadi di hadapan sebuah rumah.\r“Suspek kemudian dikatakan bertindak memukul lelaki itu beberapa kali dengan pistol  menyebabkan ia meletup dan pelurunya tersasar ke rumah bersebelahan,” katanya.\rAnuar berkata, suspek kini sedang disiasat mengikut 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 20 tahun.\r

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 03:41 PM GMT+8 , Processed in 0.486166 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list