CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 167|Reply: 0

Pahang tetap korporatkan JBA

[Copy link]
Post time 31-1-2012 08:05 AM | Show all posts |Read mode
KUANTAN: Pengkorporatan Jabatan Bekalan Air (JBA) Pahang akan diteruskan walaupun mendapat bantahan beberapa pihak terutama kakitangannya, kata Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob.\rBeliau berkata, berdasarkan keputusan yang dibuat kerajaan, JBA akan menjadi satu badan korporat dan dikenali sebagai Perbadanan Air Pahang (PAIP), bermula esok.\r\n\n\n\n\rKatanya, pengkorporatan itu tidak perlu ditangguh kerana kerajaan negeri sudah melakukan kajian dan mengadakan perbincangan terperinci sebelum memutuskan untuk berbuat demikian.\r\r\n\n\n\n\n“Saya tidak nampak mengapa ada pihak perlu membantah kerana melalui proses ini, tiada seorang pun pegawai tinggi atau kakitangan rendah JBA akan diberhentikan.\r“Sebaliknya, ia akan meningkatkan kecekapan JBA, terutama pengurusannya menjadi lebih berkesan,” katanya selepas Majlis Pelancaran dan Penyampaian Hadiah Pakaian dan Beg Sekolah  Yayasan Pahang 2012 di Kompleks Yayasan Pahang di sini, semalam.\rAdnan diminta mengulas desakan Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Omar Osman supaya kerajaan negeri menangguhkan pengkorporatan jabatan itu.\rOmar dipetik sebagai berkata, warga kerja JBA tidak diberi maklumat berkaitan terma dan syarat pengkorporatan.\r\n\n\n\rMengulas lanjut, Adnan berkata, kekeliruan itu berpunca daripada salah faham dan akan diperjelaskan dalam sesi penerangan yang akan diadakan secepat mungkin kepada pegawai dan kakitangan JBA.\r“Seperkara lagi, apa yang akan berlaku ialah JBA tidak diswastakan tetapi dikorporatkan, iaitu hibrid antara swasta, korporat dan elemen kerajaan.\r“Ia tidak menumpukan sepenuhnya kepada aspek perniagaan tetapi masih ada elemen kerajaan menjaga kepentingan rakyat,” katanya.\rAdnan turut memberi jaminan bahawa tarif air tetap sama dan tidak akan dinaikkan selepas PAIP mengambil alih perkhidmatan bekalan air di negeri ini, malah akan diberi peruntukan tetap RM50 juta setahun untuk tempoh lima tahun bagi mempertingkatkan sistem bekalan air di seluruh negeri.\rKatanya, pengkorporatan JBA tidak akan merugikan kerajaan kerana tujuannya adalah untuk melupuskan hutang kerajaan.\r“Kita tidak akan membuat sesuatu yang tidak disukai dan menyusahkan rakyat kerana kita mendapat kepercayaan dan sokongan rakyat,” katanya sambil meminta kakitangan JBA tidak terpengaruh dengan hasutan pembangkang yang sentiasa mencari jalan menggagalkan usaha kerajaan.\r

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 05:20 PM GMT+8 , Processed in 0.111698 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list