CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 106|Reply: 0

KPN nafi khabar angin

[Copy link]
Post time 31-1-2012 08:05 AM | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR: “Alhamdulillah, saya sihat... tiada apa berlaku ke atas saya sepanjang di sini (London),” demikian kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar ketika dihubungi semalam berikutan penyebaran berita kematiannya di United Kingdom (UK) sejak malam kelmarin.\rSambil menyatakan rasa sedih dan kecewa dengan khabar angin kematiannya, beliau percaya ia perbuatan tidak bertanggungjawab yang sengaja dilakukan untuk mencetuskan panik di kalangan anggota keluarganya di tanah air, selain pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM).\r\n\n\n\n\r  “Pihak terbabit mungkin bergurau mengenai kematian saya tanpa menyedari kesannya. Bayangkan apa perasaan ahli keluarga dan saudara mara saya, terutama yang mempunyai masalah kesihatan seperti lemah jantung dan darah tinggi apabila mendapat tahu berita palsu itu.\r\r\n\n\n\n\n  “Soal hidup atau mati seseorang individu bukan bahan gurauan... mereka mahu bergurau tetapi tidak memikirkan sensitiviti kepada mangsa gurauan itu,” katanya ketika dihubungi sejurus selesai mendengar taklimat di Ibu Pejabat Scotland Yard, London, semalam.\rBerikutan itu, Ismail meminta semua pihak tidak terpengaruh dengan khabar angin terbabit yang dianggap sengaja dicetuskan untuk mensensasikan berita tidak benar.\r“Apa yang berlaku tidak menjejaskan tumpuan saya terhadap program diaturkan sempena lawatan kerja ke sini, khususnya dalam memperkukuhkan kerjasama dua hala antara Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Polis Britain,” katanya.\rDi KLUANG, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein mengutuk penyebaran khabar angin itu dengan menganggap penyebaran fitnah sebagai perbuatan jijik.\r\n\n\n\r“Bukan saja saya nafikan, malah saya kutuk sekeras-kerasnya kerana perbuatan itu adalah tindakan jijik, apatah lagi beliau sedang bertugas dalam memastikan keselamatan negara dan rakyat terjamin. \r“Saya orang pertama akan tahu kedudukan KPN jika ada apa-apa berlaku. Saya menerima laporan daripada beliau hampir setiap jam,” katanya.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 05:28 PM GMT+8 , Processed in 0.041546 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list