CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 132|Reply: 0

DBKL baiki bumbung PPR

[Copy link]
Post time 29-1-2012 08:05 AM | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR: Kerja pembinaan semula bumbung yang runtuh selepas dilanda ribut di tingkat 17, Projek Perumahan Rakyat (PPR) Cempaka pada Rabu minggu lalu sedang dijalankan kontraktor dilantik Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan dijangka siap dalam tempoh dua bulan lagi.\rTinjauan Berita Minggu semalam mendapati 10 unit yang terbabit masih dipenuhi sisa runtuhan bumbung termasuk kayu, besi, batu-bata serta serpihan siling dan kerja mengeluarkan semua bahan berkenaan sedang giat dijalankan beberapa pekerja kontraktor, Asyrafcorp Sdn Bhd (ASB).\r\n\n\n\n\r   Kontraktor, Khairom Zainal berkata, pada masa ini pihaknya sedang membersihkan semua sisa runtuhan dan membawanya turun sebelum memulakan kerja pembinaan dijangka bermula sekurang-kurangnya minggu depan selepas mendapat pelan bumbung baru daripada DBKL. \r\r\n\n\n\n\n   “Kerja pembersihan dilakukan sejak malam kejadian dan kami mengambil masa beberapa hari lagi untuk membersihkan semua sisa runtuhan. Pihak kami juga masih menunggu arahan DBKL sama ada menggunakan rangka besi atau mengekalkan rangka kayu untuk bumbung.\r“Kos pembinaan juga bergantung kepada DBKL tetapi sebaiknya, rangka bumbung diganti dengan besi supaya ia lebih kukuh. Sebelum ini, rangka berkenaan dibina menggunakan kayu menyebabkan ia mudah terangkat apabila dilanda ribut kencang. \r“Kami berharap penduduk turut bekerjasama ketika kerja pembinaan dijalankan demi keselamatan mereka,” katanya.\rDalam kejadian selama setengah jam bermula kira-kira jam 6.20 petang Rabu lalu, kira-kira 10 kereta, 20 motosikal dan lima kedai turut rosak terkena serpihan struktur bumbung yang tercabut akibat ribut disertai hujan lebat itu di PPR Cempaka. \r\n\n\n\rTiga keluarga di tingkat 14 turut mengalami bumbung tercabut dan dipindahkan ke unit kosong di situ. \rMenteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Zainal Abidin, berkata DBKL memperuntukkan RM1 juta bagi memperbaiki semua kerosakan berkenaan termasuk membiayai kerosakan kereta dan kedai yang terjejas.\rPenduduk, Saari Mukat, 56, berpuas hati dengan kerja pembaikan dijalankan dan berharap keretakan yang berlaku akibat kejadian ribut itu turut diperbaiki demi keselamatan penghuni di situ.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 05:58 PM GMT+8 , Processed in 0.071815 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list