CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 115|Reply: 0

Anwar terus terima kecaman

[Copy link]
Post time 29-1-2012 08:05 AM | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR: Pelbagai pihak, termasuk Pemuda PAS mengecam kenyataan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang secara terbuka menyatakan sokongan terhadap usaha untuk melindungi keselamatan Israel. \rTan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Anwar perlu menjelaskan maksud sebenar wawancara bersama akhbar The Wall Street Journal itu kepada rakyat, sama ada ia turut menjadi pendirian parti berkenaan.\r\n\n\n\n\r  Timbalan Perdana Menteri berkata, ketika ini, Malaysia tidak ada hubungan diplomatik dengan Israel kerana kecewa dengan proses perdamaian yang diusahakan sekian lama masih belum selesai sehingga ke hari ini.\r\r\n\n\n\n\n  “Orang Palestin masih dianggap sebagai masyarakat terbuang, rakyat mereka tiada tempat tinggal, kediaman mereka dibom dan banyak kezaliman dilakukan terhadap mereka.\r“Bagi Barisan Nasional (BN), kita amat kecewa dengan (penindasan dan kezaliman terhadap rakyat Palestin) itu, jadi yang penting apakah pendirian sebenar PKR? \r“Apabila Anwar buat kenyataan begitu, adakah bermakna dia lebih mengutamakan Israel berbanding Palestin atau bagaimana?” katanya selepas merasmikan Dewan Futsal Kampung Kebun Bahru dekat Jementah, di Pagoh, semalam.\rBerita Harian semalam melaporkan pendirian Anwar seperti yang dinyatakan dalam temu bual beliau bersama akhbar The Wall Street Journal di Ibu Pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Petaling Jaya, Khamis lalu dan disiarkan dalam edisi 27-29 Januari.\r\n\n\n\rPresiden Pergerakan Keadilan Sedunia (JUST), Dr Chandra Muzaffar berkata, tindakan Anwar yang secara terbuka menyatakan sokongan terhadap usaha melindungi keselamatan Israel bertujuan meraih lebih banyak sokongan dari Amerika Syarikat dan media Barat.\r“Kenyataan itu menunjukkan Anwar mengutamakan keselamatan Israel sedangkan mereka penceroboh hak rakyat Palestin, menghalau penduduk Arab lain dan membunuh demi menakluki wilayah lain,” katanya.\rChandra yang juga bekas Timbalan Presiden PKR berkata, sebelum ini Anwar turut didakwa menyokong Israel, namun menafikan apabila ia dikecam pelbagai pihak dan menuduh ia diputar belit media tempatan.\r“Anwar itu bahaya kerana kita boleh lihat kecenderungannya terhadap Israel sedangkan ia tidak menguntungkan dan bertentangan dengan pendirian rakyat Malaysia yang menentang kekejaman mereka,” katanya.\rSementara itu, Pengerusi Pertubuhan Keamanan Rakyat Malaysia (Aman Malaysia) yang juga Pengerusi Biro Antarabangsa Pemuda UMNO, Datuk Ahmad Zaki Zahid, berkata pihaknya mengecam kenyataan pro-Israel Anwar yang menyokong usaha untuk memastikan keselamatan rejim zionis Israel.\rBeliau berkata, kenyataan itu mencerminkan tindakan Anwar yang cuba menyokong dan mengampu ‘rakan tertentu’ yang kebanyakannya berdiri teguh di belakang rejim zionis.\rKetua Pemuda PAS, Nasrudin Hassan pula berkata, Israel adalah sebuah entiti haram yang terlalu besar dosanya terhadap umat Islam yang sama akidah.\r“Sekalipun atas nama untuk ambil hati Amerika demi masa depan kita yang bakal mengambil alih Putrajaya, tidak sekali-kali wajar dan layak kita menyokong Israel apalagi untuk memberi perlindungan kepada golongan yang dilaknat Allah,” katanya dalam kenyataan menerusi Facebook, semalam.  \rSetiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam Malaysia, Datuk Dr Maamor Osman, berkata tindakan Anwar itu menunjukkan belang sebenar diri beliau yang kini bersama-sama rejim zionis dan menjadi lidah kepada Israel.\r“Ini bukti jelas oleh Allah yang menunjukkan siapa sebenarnya Anwar. Anwar sudah membuktikan bahawa beliau adalah musuh kepada orang Islam dan keamanan sejagat,” katanya.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 05:41 PM GMT+8 , Processed in 0.091102 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list