View: 132|Reply: 0
|
Pekan sari buku setiap minggu
[Copy link]
|
|
KUALA LUMPUR: Ibu kota akan semakin rancak dengan kegiatan keilmuan dalam masa terdekat apabila pekan sari buku berlangsung pada setiap hujung minggu sama ada di Dataran Merdeka atau Jalan Tuanku Abdul Rahman, di sini.\rPengerusi Lembaga Pengarah Perbadanan Kota Buku (PKB), Tan Sri Dr Asiah Abu Samah, berkata pekan sari buku itu dibuka kepada penerbit dan penjual buku serta orang perseorangan yang ingin menjual buku baru atau lama.\r\n\n\n\n\r “Pemilihan Dataran Merdeka berasaskan faktor kemudahan pengangkutan, selain berhampiran Perpustakaan Kuala Lumpur dan tapak Kota Buku di Sekolah Kebangsaan (Lelaki) Jalan Batu di Jalan Raja Laut,” katanya selepas Sesi Sumbang Saran Penggiat Industri Perbukuan Negara dan Perbadanan Kota Buku Bersama Penggerak Industri di sini, semalam.\r\r\n\n\n\n\n Hadir sama Ahli Lembaga Pengarahnya, Prof Emeritus Dr Abdullah Hassan; Pengurus Kanan PKB, Razin Abdul Rahman dan Timbalan Ketua Pengarah (Dasar), Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Dr Awang Sariyan.\rBeliau berkata, cadangan pekan sari buku dikemukakan pada sesi sumbang saran bersama pemain industri perbukuan negara dan akan dibawa ke Mesyuarat Lembaga Pengarah pada 9 Februari depan.\r“ PKB juga mengenal pasti dua bidang keutamaan iaitu buku elektronik (e-buku) dan sastera kanak-kanak termasuk ilustrasi. PKB berharap Kota Buku menjadi pusat setempat yang menghimpunkan semua penggiat industri buku daripada penerbit, pengedar, penulis dan pembaca,” katanya.\r
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|