CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 160|Reply: 2

Baring sebelah mayat kekasih

[Copy link]
Post time 26-1-2012 08:05 AM | Show all posts |Read mode
Wanita maut jatuh tingkat 17\rGEORGETOWN: Akibat tidak dapat menerima hakikat kekasihnya meninggal dunia, seorang lelaki memeluk dan enggan melepaskan mayat teman wanitanya hampir sejam selepas mangsa terjatuh dari tingkat 17 sebuah flet di Batu Uban di sini, awal pagi semalam.\r\n\n\n\n\rDalam kejadian jam 1 pagi itu, lelaki berusia 20-an tanpa mempedulikan kehadiran orang ramai yang mengerumuni tempat kejadian memeluk mayat Lau Kah Kah, 22, yang berlumuran darah.\r\r\n\n\n\n\nLelaki itu merebahkan badannya sambil memeluk mayat teman wanitanya, langsung tidak bersuara dan hanya sesekali kelihatan menangis. Pasangan itu adalah penghuni flet berkenaan.\rOrang ramai yang mengerumuni tempat kejadian pada mulanya menyangkakan ada dua mayat apabila melihat seorang wanita berlumuran darah dan seorang lelaki memeluk mayat itu.\rBagaimanapun, mereka terkejut apabila badan lelaki itu secara tiba-tiba bergerak. Penghuni flet yang cemas dengan kejadian itu terus menghubungi polis dan ambulans.\rApabila kakitangan perubatan tiba di lokasi kejadian dan menutup mayat wanita berkenaan, lelaki terbabit enggan berganjak dan tidak membenarkan mayat kekasihnya diangkat.\r\n\n\n\rBagaimanapun, apabila anggota polis tiba di tempat kejadian kira-kira sejam kemudian dan memujuknya, baru dia mengalah dan melepaskan mayat teman wanita serta bersandar di tepi tangga berhampiran mayat sambil menangis teresak-esak.\rSelepas mayat kekasihnya dibawa ke hospital, lelaki itu masih enggan berganjak dari situ walaupun dipujuk supaya beredar. \rSeorang penghuni yang mahu dikenali Abdullah, berkata beberapa ketika sebelum itu beliau mendengar dentuman dan menyangkakan ada orang membuang sampah.\r‘Tidak lama selepas itu saya mendengar orang menjerit mengatakan ada dua mayat di tingkat bawah flet dan saya bersama beberapa penduduk bergegas turun,” katanya.\r“Kami pada mulanya terkejut kerana menyangkakan kedua-dua mangsa terjun bersama namun tidak lama selepas itu lelaki berkenaan mula bergerak,” katanya.\rAda jiran mendakwa mendengar pasangan itu bertengkar sebelum wanita ditemui mati.\rSementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Timur Laut, Superintendan Ahmad Bakhtiar Kassim, berkata buat masa ini polis mengklasifikasikan kes itu sebagai mati mengejut.\r‘Siasatan awal mendapati berlaku pertengkaran di antara pasangan itu dan kami masih menjalankan siasatan lanjut bagi mengesan punca kejadian,” katanya.\r

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-1-2012 09:36 AM | Show all posts
punya la sayang kat gepren..tapi dah xbermakna lagi...sidia xkan kembali..huhuuuuu
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2012 10:49 AM | Show all posts
udah macam citer puaka tebing biru laksss.... terjebak nihhh
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 07:49 PM GMT+8 , Processed in 0.067243 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list