CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 100|Reply: 0

Negeri Sembilan setuju bekal air kepada Selangor

[Copy link]
Post time 26-1-2012 08:05 AM | Show all posts |Read mode
SPAN minta salur 56 juta liter sehariSEREMBAN: Kerajaan negeri bersetuju membekalkan air bersih kepada Selangor bagi membantu negeri jiran itu yang dijangka mengalami krisis bekalan air serius dalam tempoh beberapa tahun lagi.\n\n\n\n  Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan, berkata Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) dan kerajaan negeri masih dalam proses perbincangan bagi membolehkan negeri ini menyalurkan bekalan air terawat ke Selangor.\n\n\n\n\n  “Sebenarnya, ketika ini kita membekalkan air ke Selangor melalui Loji Rawatan Air Broga, Lenggeng dekat sini untuk kegunaan penduduk kawasan Semenyih, namun dibuat dalam skala kecil.“Kini SPAN meminta kita menyediakan bekalan air dalam skala besar, iaitu antara 38 juta hingga 56 juta liter air sehari kepada Selangor tidak lama lagi,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) di sini, semalam.Mohamad berkata, walaupun bersedia membantu Selangor, kerajaan negeri berpendapat bantuan berkenaan lebih sesuai dimulakan tahun depan, iaitu selepas Loji Rawatan Air Ngoi-Ngoi di sini, beroperasi pada tahap maksimum akhir tahun ini.Projek pembinaan fasa pertama Loji Rawatan Air Ngoi-Ngoi yang akan siap sepenuhnya akhir tahun ini mampu menghasilkan 113 juta liter air sehari, diikuti fasa kedua yang mampu mengeluarkan air pada kapasiti sama.\n\n\nBeliau berkata, loji berkenaan hanya perlu membekalkan 19 juta liter air sehari bagi menampung keperluan pengguna di Seremban, manakala bekalan selebihnya iaitu kira-kira 246 juta liter ditampung Loji Rawatan Air Sungai Terip.Ditanya bila projek bekalan air ke Selangor itu akan dimulakan, Mohamad berkata perkara berkenaan terpulang kepada SPAN dan kerajaan Selangor.Katanya, bekalan air itu akan disalurkan ke Selangor melalui saluran paip di Bandar Enstek.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 07:51 PM GMT+8 , Processed in 0.890514 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list