CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 278|Reply: 1

Tokyo berdepan gempa bumi besar

[Copy link]
Post time 25-1-2012 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Jauh lebih awal berbanding ramalan kerajaan Jepun\rTOKYO: Gempa bumi besar berkemungkinan  melanda ibu kota Jepun dalam masa beberapa tahun, jauh lebih awal berbanding ramalan kerajaan, kata penyelidik di Universiti Tokyo kelmarin, sambil memberi amaran kepada syarikat dan individu supaya bersedia berdepan bencana itu.\r\n\n\n\n\rInstitut Penyelidikan Gempa Bumi universiti berkenaan berkata, bahagian selatan Tokyo berisiko 70 peratus digegarkan dengan gegaran magnitud  7.0  dalam tempoh empat tahun lagi.\r\r\n\n\n\n\nSebaliknya, kerajaan menganggarkan 70 peratus kemungkinan bencana itu berlaku dalam masa tiga dekad lagi.\rGempa bumi berukuran 9.0 pada skala Richter, terkuat dalam sejarah Jepun dan tsunami melanda pantai timur laut negara itu Mac lalu menyebabkan 23,000 maut atau hilang dan menjejaskan loji nuklear Fukushina Daiichi, mencetuskan gangguan bekalan elektrik dan kebocoran radiasi yang memaksa kerajaan memindahkan penduduk dan selain berlaku pencemaran.\rTinjauan kerajaan menunjukkan gempa bumi kekuatan 7.3 berpusat di utara Teluk Tokyo menyebabkan 11,000 kematian dan memusnahkan sekitar 850,000 bangunan, walaupun pasukan penyelidik Universiti Tokyo berkata sukar untuk meramalkan impak gempa bumi besar di bandar raya.\r“Risiko gempa bumi berukuran 7.0 akan berlaku di kawasan itu meningkat sejak kejadian Mac lalu. Buat masa ini, kerajaan, individu dan syarikat perlu bersiap sedia,” kata Profesor Madya Shinichi Sakai.\r\n\n\n\rSeorang pegawai kerajaan berkata, anggaran universiti itu berasaskan model berbeza daripada digunakan kerajaan. Kiraan universiti itu mengambil kira aktiviti gempa bumi sejak Mac lalu, sedangkan kerajaan menggunakan data lama.\rPasukan penyelidik berkata, ada peningkatan lima kali ganda dalam bilangan gempa bumi di Tokyo sejak bencana Mac lalu, berdasarkan kiraan data diperoleh dari Agensi Kaji Cuaca Jepun. \rJepun, terletak dalam Lingkaran Api yang sebahagiannya mengelilingi Lautan Pasifik, dilanda kira-kira 20 peratus daripada gempa bumi berkekuatan 6.0 atau lebih. \rGempa bumi berukuran 7.3 pada skala Richter menggegarkan tengah Jepun pada tahun 1995, memusnahkan bandar raya pelabuhan Kobe, mengorbankan lebih 6,400 penduduk dan menyebabkan anggaran kerugian kira-kira AS$100 bilion (RM310 bilion). – Agensi\r

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-3-2012 09:21 PM | Show all posts
Kita merancang Allah SWT juga merancang!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 06:13 AM GMT+8 , Processed in 0.039785 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list