CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 168|Reply: 0

Penggodam Israel balas dendam serangan Arab Saudi

[Copy link]
Post time 19-1-2012 09:05 AM | Show all posts |Read mode
RIYADH: Penggodam Israel yang menggunakan nama IDF-TEAM, membalas dendam serangan Arab Saudi terhadap Bursa Saham Tel Aviv dalam pusingan terbaru perang siber.\rPenggodam Israel melumpuhkan laman web kedua-dua Bursa Saham Saudi (Tadawul) dan Bursa Sekuriti Abu Dhabi (ADX) Isnin lalu, dalam episod terbaru perang siber berterusan antara penggodam di kedua-dua negara berkenaan.\r\n\n\n\n\r   Penggodam Israel terbabit berupaya melumpuhkan laman web Tadawul, sambil menyebabkan kelewatan ketara kepada laman saham ADX.\r\r\n\n\n\n\n   Penggodam menulis bahawa serangan itu adalah sebagai tindak balas terhadap godaman ‘menyedihkan’ laman web Israel Isnin lalu.\rMereka memberi amaran jika serangan berterusan, penggodam akan “bergerak ke peringkat seterusnya dan melumpuhkan laman web untuk tempoh antara dua minggu sehingga sebulan.”\rAwal pagi kelmarin, seorang penggodam pro-Israel menyenaraikan 30,000 alamat emel dan kata laluan Facebook “golongan Arab yang kebingungan” dalam laman godaman popular.\rPenggodam yang menggunakan nama Hannibal, menulis bahawa tindakannya, yang bermula Jumaat lalu, adalah “serangan balas” selepas penerbitan perincian kad kredit Israel dalam internet oleh seorang penggodam Arab Saudi.\r\n\n\n\r“Saya menyedari kebodohan Ox Omar dan rakannya,” katanya dalam satu kiriman yang dihantar kepada pastebin.com, laman sama digunakan penggodam Saudi.\r“Negara Israel, jangan bimbang, anda berada di tangan penggodam terbaik dunia,” Hannibal memberi jaminan.\r“Saya akan terus menyokong kerajaan Israel dan terus menyerang negara Arab,” katanya.\rHannibal mendakwa memiliki 30 juta alamat emel penduduk Arab, lengkap dengan kata laluan dan menguasai emel bukan hanya dari mangsa potensi namun dari pihak berkuasa di Perancis dan negara lain yang memintanya untuk berhenti. – Agensi

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 08:19 AM GMT+8 , Processed in 0.436147 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list