CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 129|Reply: 0

‘Korea Utara perlu pembaharuan’

[Copy link]
Post time 18-1-2012 09:05 AM | Show all posts |Read mode
TOKYO: Abang pemimpin baru Korea Utara, berkata pembaharuan perlu dilakukan di negaranya bagi  mengelak ekonomi runtuh dan menamatkan pemerintahan rejim ala Stalin, menurut buku My father Kim Jong-Il and Me, yang akan diterbitkan minggu ini.\rKim Jong-nam, abang tiri Kim Jong-un berkata tentera menjadi amat berkuasa sehingga boleh campur tangan dan mengambil alih urusan pemerintahan.\r\n\n\n\n\r   Jong-un mengambil alih pemerintahan negara komunis itu berikutan kematian bapa mereka, Kim Jong-il, bulan lalu, \r\r\n\n\n\n\n   Ulasan itu dibuat dalam  buku tulisan Yoji Gomi,  wartawan Jepun yang memberitahu, beliau mewujudkan hubungan dengan Jong-nam selepas bertemu di Beijing pada 2004.\r“Korea Utara amat tidak stabil,” kata Jong-nam kepada Gomi yang menemuramahnya dengan panjang lebar di jajahan China di Macau tahun lalu.\r“Bapa saya mentadbir negara dengan sokongan tentera, namun kuasa tentera menjadi terlalu kuat. Jika penggantian kuasa berakhir dengan kegagalan, tentera sudah pasti akan berkuasa,” katanya.\rDalam buku itu, berdasarkan e-mel dan temuramah, Jong-nam berkata ekonomi bermasalah Korea Utara yang ditadbir negara itu memberi dilema kepada pemerintah.\r\n\n\n\r“Adalah jelas ekonomi akan runtuh tanpa pembaharuan, namun pembaharuan akan menjurus kepada satu krisis runtuhnya rejim,” kata Jong-nam dalam temuramah dilakukan sebelum kematian Jong-il pada 17 Disember lalu.\rBeliau juga mendakwa, adik tirinya yang tidak berpengalaman Jong-un kemungkinan menjadi satu simbol digunakan elit pemerintah untuk mengekalkan genggaman kuasa mereka.\r“Sesiapa dengan pemikiran normal akan mendapati sukar untuk bertolak ansur dengan tiga generasi berturut-turut menjadi pemerintah,” katanya dalam satu emel yang dikatakan Gomi dihantar 3 Januari lalu.\r“Saya persoal bagaimana seorang pewaris muda dengan dua tahun latihan sebagai seorang pengganti berupaya mewarisi kuasa mutlak,” katanya.\r“Tidak mustahil golongan elit berkuasa sedia ada akan menggantikan bapa saya dengan memastikan pengganti muda hanya sebagai satu simbol.”\rJong-nam tinggal dalam buangan di China selama bertahun-tahun selepas tidak sependapat dengan Jong-il yang mewarisi pemerintahan negara miskin itu daripada bapanya.\rDua tahun lalu dengan keadaan kesihatannya semakin merosot, Jong-il melantik Jong-un, dipercayai lewat 20-an, sebagai bakal penggantinya, memberinya jawatan tentera dan menaikkan profilnya.\rJong-nam tidak secara langsung memberi maklum balas persoalan sama ada beliau menghadiri upacara pengebumian bapanya, namun media Jepun berkata beliau melawat Pyongyang selepas menerima berita kematian bapanya.\rGomi berkata Jong-nam masih boleh mengambil alih kuasa di negara rahsia itu dengan sokongan Beijing, yang risau bahawa satu keruntuhan dalam rejim boleh menyebabkan jutaan rakyat Korea Utara yang kebuluran menuju ke sempadannya dan mencetuskan kekacauan nuklear di semenanjung terbabit. \r“Beliau dilindungi di pihak China,” kata Gomi, seorang penulis kanan di Tokyo Shimbun yang sebelum itu berpusat di Beijing dan Seoul.\r“Jika rejim Jong-un runtuh, China jelas merancang menghantarnya ke Pyongyang dan menjadikannya pemimpin berikutnya,” katanya. – AFP

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 08:10 AM GMT+8 , Processed in 0.058259 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list