CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 162|Reply: 0

Permainan video ajak hapus adat hantaran

[Copy link]
Post time 17-1-2012 09:05 AM | Show all posts |Read mode
NEW DELHI:  Perasaan marah dengan budaya pemberian hantaran mewah oleh pengantin perempuan kepada  pengantin lelaki (dowri)  sehingga menimbulkan pelbagai masalah, mendorong sebuah laman web mencari jodoh di India menghasilkan permainan video dikenali ‘Angry Brides’ bertujuan mendedahkan  keburukan amalan ini.\rNaib Presiden Kanan Shaadi.com, Ram Bhamidi, berkata permainan video Angry Brides (Pengantin Perempuan Marah) mempunyai matlamat untuk memberi kesedaran mengenai kesan negatif amalan yang sudah diharamkan tetapi terus berleluasa di negara Asia Selatan itu.\r\n\n\n\n\r Bhamidi berkata, sejak dilancarkan minggu lalu, lebih 270,000 pengguna internet lelaki dan wanita, sudah melayari dan bermain permainan ‘Angry Brides’ melalui laman www.facebook.com/shaadicom.\r\r\n\n\n\n\nPermainan itu diilhamkan daripada satu lagi permainan teka-teki video dikenali ‘Angry Birds’ (Burung Marah) yang dihasilkan oleh pencipta permainan komputer berasal dari Finland, Rovio Mobile.\r‘Angry Birds’ diperkenalkan untuk kali pertama kepada pelayar internet pada Disember 2009, dengan gambar karikatur pengenalan berbentuk seekor burung tanpa sayap.\r“Laman pengenalan ‘Angry Brides’ bagaimanapun menggunakan karikatur seorang wanita yang mempunyai lapan tangan, menyerupai seorang dewi agama Hindu. Kelapan-lapan tangan itu pula memegang pelbagai peralatan termasuk kuali, penggiling, selipar dan kasut,” kata Bhamidi\rBeliau berkata, di bawah karikatur berkenaan, satu keterangan yang disediakan berbunyi: Seseorang wanita akan memberi anda kekuatan, perhatian dan kasih sayang yang anda perlukan... BUKAN ‘hantaran!’.\r\n\n\n\r“Bagi memulakan permainan, pengguna perlu cuba untuk memukul tiga karikatur ‘pengantin lelaki’, seorang juruterbang, seorang ahli bina badan dan seorang doktor.\r“Pelbagai jenis ‘senjata’ boleh dipilih untuk memulakan pukulan, termasuk kasut tumit tinggi, kuali, penyapu, tomato dan penggelek. \r“Setiap pengantin lelaki pula mempunyai tanda harga, bermula daripada 1.5 juta rupee (RM91,550). Setiap kali pemain berjaya memukul pengantin lelaki, nilai wang akan berkurangan dan wang itu akan dimasukkan ke dalam dana antihantaran,” katanya.\rPerangkaan yang dikeluarkan Biro Rekod Jenayah Kebangsaan menyatakan, sebanyak 8,391 kes kematian dan 90,000  penderaan berkaitan hantaran kahwin dilaporkan pada 2010. – Agensi

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 08:12 AM GMT+8 , Processed in 0.156737 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list