View: 128|Reply: 0
|
Israel batal status VIP Presiden Palestin
[Copy link]
|
|
RAMALLAH: Israel melucutkan status VIP terhadap Presiden Palestin, Mahmoud Abbas dan hanya memberi beliau permit perjalanan yang sah untuk tempoh dua bulan saja.\rPegawai Palestin berkata, Abbas memaklumkan mengenai perkara itu dalam mesyuarat Parti Fatah pimpinannya, minggu lalu.\r\n\n\n\n\r“Dalam ucapannya, Abbas berkata permit baru itu adalah sama taraf dengan pas yang dipohon pekerja Palestin untuk memasuki Israel, sekali gus mencerminkan keangkuhan rejim Zionis yang terus mengekalkan penguasaannya ke atas Palestin.\r\r\n\n\n\n\n“Tindakan Israel itu adalah sebagai hukuman ke atas beliau kerana memohon keanggotaan Palestin di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB),” kata pegawai berkenaan yang namanya tidak didedahkan.\rJurucakap agensi Israel yang mengeluarkan dokumen perjalanan untuk rakyat Palestin, Mejar Guy Inbar berkata, setakat ini tiada perubahan dalam dasar pemberian permit perjalanan.\rBeliau berkata, permit yang dikeluarkan kepada Abbas adalah kesilapan teknikal dan akan diselesaikan tidak lama lagi.\r“Peraturan untuk perjalanan masih sama seperti sebelum ini. Saya menafikan semua dakwaan bahawa wujud perubahan bagi pengeluaran pas perjalanan untuk pegawai Palestin,” katanya.\r\n\n\n\rPermit perjalanan VIP membolehkan Abbas pergi ke mana-mana saja dan pada bila-bila masa. Pegawai palestin mengakui, permit baru itu tidak menghalang Abbas keluar atau masuk ke Tebing Barat.\rAhad lalu, Abbas ke London untuk mengadakan perbincangan dengan pemimpin Britain.\rSementara itu, berpuluh-puluh pengguna laman Facebook menyebarkan apa yang dikatakan sebagai ‘salinan dokumen perjalanan Abbas’ disertai dengan ulasan sinis mengenai kelemahan pemimpin itu.\rJurucakap pasukan keselamatan Palestin, Adnan Dmiri berkata, ramai pegawai Palestin kehilangan status VIP sejak pertengahan tahun lalu, sejurus sebelum Abbas membuat permohonan keanggotaan Palestin di PBB pada September. – AP
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|