View: 141|Reply: 0
|
Gamawan selar MUI dakwa sebar pembohongan
[Copy link]
|
|
JAKARTA: Menteri Dalam Negeri Indonesia, Gamawan Fauzi, menyelar Majlis Ulama Indonesia (MUI) kerana didakwa menyebarkan pembohongan menjelang keputusan kerajaan menyemak semula undang-undang kecil tempatan yang melarang pengawalan penjualan alkohol.\r“Orang agama Indonesia suka memberi komen, ia hobi mereka. Mereka tidak tahu apa-apa mengenai kes yang mereka komen, mereka suka menyebarkan penipuan yang cenderung menjadi fitnah. Mengapa MUI turut memberi komen tanpa mahu memeriksa fakta,” katanya kepada Jakarta Globe semalam.\r\n\n\n\n\rKementerian kelmarin terpaksa menafikan laporan kumpulan agama ia membatalkan undang-undang kecil tempatan yang mengehadkan atau melarang penjualan alkohol, yang jelas bercanggah dengan perundangan negara atau arahan presiden sebaliknya menegaskan ia sekadar menyemak semula undang-undang berkenaan.\r\r\n\n\n\n\nMUI dan pertubuhan Hizbut Tahrir Indonesia (HTI) semalam meneruskan kritikan ke atas kerajaan. \rJurucakap HTI, Muhammad Ismail Yusanto, berkata semakan semula undang-undang berkenaan membawa kepada peningkatan jenayah. – Agensi
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|