CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 209|Reply: 0

Penulis tuduh Apple langgar hak cipta

[Copy link]
Post time 11-1-2012 09:05 AM | Show all posts |Read mode
BEIJING: Sembilan penulis China menyaman Apple Inc kerana melanggar hak cipta dan menuntut pampasan sebanyak 12 juta yuan (RM5.97 juta).\rTindakan itu adalah cubaan terbaru oleh penulis untuk melindungi hak online mereka ketika lebih ramai pembaca bertukar kepada e-buku, kata peguam.\r\n\n\n\n\r   Mahkamah di sini menerima tuntutan saman itu difailkan oleh penulis China termasuk Han Han, Li Chengpeng dan He Ma, kata pegawai mahkamah kelmarin.\r\r\n\n\n\n\n   “Mahkamah sedang meneliti dokumen dan bahan disediakan penulis terbabit dan setiap satu daripada mereka mempunyai permintaan pampasan sendiri,” kata pegawai mahkamah, Li Zhitao, yang turut memaklumkan bahawa perbicaraan pertama mungkin dibuka selepas Pesta Musim Bunga pada 23 Januari depan.\rPenulis terbabit menuduh Apple membenarkan pengguna memuat turun buku cetak rompak menerusi App Store dan yakin dapat memperjuangkan hak mereka, kata Bei Zhicheng, eksekutif Kesatuan Penulis, sebuah organisasi ditubuhkan pada Julai 2011 untuk melindungi hak cipta penulis China di laman maya.\rBei berkata, kekurangan maklum balas positif Apple terhadap aduan penulis membuat mereka membawa kes itu ke mahkamah.\rFirma gergasi itu - yang memasarkan produk inovatif termasuk iPhone dan iPad hingga mengubah industri teknologi maklumat (IT) - pula menuduh penulis gagal memberi bukti mencukupi dan emel yang dihantar pada Julai 2011 bukan sejajar dengan format yang diperlukan Apple, kata Bei.\r\n\n\n\r“Itu adalah alasan biasa yang kami dapat daripada Apple dan untuk lebih khusus lagi, kami menerima jawapan sama daripada Apple sebanyak tiga kali,” katanya.\rChina mempunyai sekurang-kurangnya 15 juta pengguna iPhone dan negara itu kini pasaran kedua terbesar Apple.\rBuku yang dipersoalkan masih diperoleh di App Store, walaupun selepas “ia dimaklumkan mengenai pelanggaran,” kata Bei.\rDalam kedai online Apple, banyak buku paling laris dimuat turun beberapa juta kali, namun kebanyakannya adalah edisi cetak rompak online.\rApple tidak mengulas kes itu. Seorang pekerja di jabatan perhubungan awam Apple China, yang dikenali sebagai Huang berkata kelmarin syarikat terlalu sibuk dengan pelancaran iPhone 4S di sini, tetapi akan  memberi perhatian terhadap kes itu pada 13 Januari depan. -Agensi\r

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 08:30 AM GMT+8 , Processed in 0.656066 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list