|
Wanita Pertama Amerika berani tegur penasihat\rWASHINGTON: Wanita Pertama Amerika Syarikat yang popular, Michelle Obama, bertikam lidah dengan beberapa penasihat tertinggi Rumah Putih dan ada masanya mendesak Obama meneruskan usaha menangani isu yang memberi masalah politik kepada Presiden seperti penjagaan kesihatan dan pembaharuan imigresen.\r\n\n\n\n\r Ia didedahkan buku bertajuk ‘The Obamas’ oleh wartawan akhbar New York Times (NYT), Jodi Kantor, sambil menyifatkan Michelle sebagai pakar motivasi dan semakin berpengaruh dalam politik menjelang pilihan raya 2012, yang dijangka lebih sukar dimenangi Obama. \r\r\n\n\n\n\n Michelle tidak menyokong taktik politik didukung bekas Ketua Turus Staf Rumah Putih, Rahm Emanuel dan bekas Setiausaha Media Rumah Putih, Robert Gibbs.\rJusteru, Michelle mendesak Obama menggantikan penasihat yang dirasakannya tidak begitu pandai menyusun strategi dan berfikiran sempit.\r“Beliau berpendapat matlamat pentadbiran tidak menuju ke arah yang betul,” dakwa buku itu memetik Obama sebagai memberitahu penasihatnya dalam petikan yang disiarkan di laman web NYT. \rObama dan Michelle tidak bercakap dengan Kantor untuk buku itu yang berdasarkan temu bual dengan lebih 30 kakitangan dan bekas pekerja yang dijual pada Selasa ini. \r\n\n\n\rRumah Putih kelmarin menyifatkan buku itu sebagai mendedahkan berita lama yang digembar-gemburkan sedangkan Kantor tidak bercakap dengan pasangan itu sejak 2009. \r“Emosi, pemikiran dan saat peribadi yang diterangkan dalam buku seolah-olah menunjukkan pandangan Presiden dan Wanita Pertama lebih menampilkan pemikiran penulis sendiri,” kata jurucakap Rumah Putih, Eric Schultz.\rBuku itu juga menyatakan, Michelle yang dikenali menerusi kempen mempromosi gaya hidup sihat, pada awalnya tidak mahu memegang peranan besar di Rumah Putih, malah menimbang menangguhkan perpindahannya ke Washington dari Chicago selepas pilihan raya 2008. \rMichelle juga dikatakan berasa risau sebagai Wanita Pertama Amerika keturunan kulit hitam dan beranggapan semua pihak menunggunya membuat kesilapan, kata seorang bekas pembantu.\rKetegangan dirasai di antara Michelle dan Gibbs yang bimbang mengenai kesilapan pentadbiran diketahui ramai.\rPenasihat kanan kepada presiden dan sahabat baik pasangan itu, Valerie Jarrett, pula menyarankan sikap bersederhana, kata buku itu. \r“Michelle menyokong suaminya untuk menggerakkan inisiatif besar meskipun tidak popular seperti merombak undang-undang imigresen dan penjagaan kesihatan,” kata buku itu lagi.\r“Beliau memikirkan ada perkara lain yang lebih teruk menimpanya berbanding kalah dalam pilihan raya. Baginya, bersikap jujur kepada diri sendiri adalah lebih penting,” kata bekas ketua kakitangan Wanita Pertama, Susan Sher. – Reuters
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|