View: 141|Reply: 0
|
Israel akui pendatang Yahudi pengganas
[Copy link]
|
|
Peneroka bersikap militan serang askar Israel ketika ceroboh tanah penduduk PalestinPADA 20 Mei tahun lalu, pendatang Yahudi yang melawat Makam Nabi Yusuf di Nablus, Tebing Barat terbabit dalam satu kejadian tolak-menolak dengan Pasukan Pertahanan Israel (IDF) yang dikerah melindungi mereka.\n\n\n\n Dalam tempoh hanya beberapa minit, konfrontasi memuncak menyebabkan beberapa askar ditumbuk kumpulan berkenaan yang turut melontar batu. Video insiden itu di YouTube mula tersebar di internet atas permintaan IDF sendiri. \n\n\n\n\n Kejadian di Nablus adalah antara konfrontasi yang pertama antara pendatang dan tentera Israel sendiri, sekali gus memberi kejutan kepada askar.Brig Jen Yoav Mordechai menyifatkan pendatang berkenaan sebagai ‘penjenayah tidak bertanggungjawab’ dan menegaskan bahawa anggota IDF di Tebing Barat dikerah melindungi pendatang daripada ‘pengganas’. Mesej beliau adalah jelas iaitu sikap pendatang meletakkan nyawa tentera dalam bahaya.Kenyataan Mordechai itu pastinya membawa senyuman sinis kepada penduduk Palestin berhampiran Nablus di mana tanaman zaitun mereka dibakar dan masjid dirosakkan kumpulan peneroka yang sama menyerang pasukan IDF.\n\n\nTetapi insiden di Makam Nabi Yusuf itu hanyalah satu permulaan, sepanjang Julai dan Ogos, penduduk dari Yitzhar – kawasan panas pendatang ekstrem – mencetus beberapa pergaduhan dengan IDF sehingga pada Ogos, satu kejadian membaling batu oleh pendatang Yahudi terhadap rakyat Palestin sukar dikawal dan IDF terpaksa membawa penduduk Palestin menjauhi kumpulan terbabit dalam usaha melindungi mereka daripada keganasan pendatang terbabit.“Ia suatu adegan yang menakjubkan,” kata seorang penganjur protes Palestin yang menyaksikan insiden itu ketika melawat Washington, baru-baru ini.“Pada satu ketika, seorang daripada komander IDF itu datang kepada saya dan berkata: “Kenapa anda semua tidak membantu saya dan tembak saja mereka ini?”Perbalahan antara pendatang dengan IDF merebak sejak beberapa minggu, mencetuskan kebimbangan terhadap pertubuhan pertaha-nan Israel itu. Ketika belum ada pegawai kanan Israel dipilih kerana belum mencadangkan bahawa program peluasan penerokaan itu perlu dikaji semula, sudut pandangan itu mendapat sokongan dari seluruh negara Yahudi berkenaan. Lagipun, matlamat tidak bertulis pendatang ialah menyekat penubuhan negara Palestin, bukannya untuk menyokong konflik dalaman.Kini, terutama jika perbalahan itu berterusan (atau mungkin memuncak) pihak berkuasa Israel perlu bertanyakan sendiri sama ada satu langkah bijak untuk meneruskan program yang menyebabkan pendatang Yahudi menjadi ancaman sama penduduk Palestin. Penduduk Palestin sudah menyedari keadaan itu.Ditanya mengenai perbalahan antara peneroka dan IDF berhampiran Nablus, seorang ahli perundangan Palestin menolak soalan mengenai sama ada Abu Mazen akan kembali ke meja rundingan: “Apa yang perlu kita lakukan adalah duduk dan lihat,” katanya.“Saya rasa sudah tiba masa untuk berterus terang,” kata seorang pegawai veteran IDF dalam satu perbualan telefon mengenai insiden Nablus itu.“Ia mungkin baru di Amerika tetapi bukan lagi rahsia di Israel. Ini adalah krisis sebenar. Apa yang kita hadapi di sini adalah kelahiran sebuah negara dalam sebuah negara. Kelahiran Yahudi Hizbullah.” Bekas pegawai ini membuat spekulasi mengenai apa yang muncul di Tebing Barat adalah ‘satu penyelesaian tiga negara: Israel, pihak berkuasa Palestin dan di antara mereka, sebuah negara peneroka.Yehuda Shaul, seorang penganjur Breaking The Silence, sebuah kumpulan tentera IDF komited dalam menyiarkan realiti sebagai seorang askar Israel di Tebing Barat adalah bersedia tetapi turut mengesahkan bahawa siri perbalahan antara peneroka dan IDF menjejaskan tentera Israel.“IDF adalah di Tebing Barat untuk mengawal berpuluh ribu penduduk Palestin,” katanya, tetapi mereka lebih bermasalah mengawal pendatang. Ia sesuatu yang ironi. – Agensi
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|