CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 166|Reply: 0

Pembangkang dakwa pemantau Liga Arab kena tipu

[Copy link]
Post time 4-1-2012 09:05 AM | Show all posts |Read mode
BEIRUT: Pasukan keselamatan Syria dilaporkan masih membunuh penunjuk perasaan anti kerajaan walaupun kehadiran pemantau luar negara di negara itu, kata pemimpin Liga Arab. \rBeliau, bagaimanapun menegaskan misi pemantau mendapat kerjasama rejim Damsyik seperti pengunduran senjata berat dari bandar yang menyaksikan bantahan berlansung.\r\n\n\n\n\r   Pembangkang Syria kelmarin memberi amaran kepada pemantau supaya tidak terpengaruh dengan tindak tanduk kerajaan Presiden Bashar al-Assad, yang menangkis serangan tentera untuk berhadapan dengan kebangkitan selama sembilan bulan.\r\r\n\n\n\n\n   Pembangkang pula mengkritik misi pemantau itu atas alasan ia membolehkan Bashar melindungi tindakan berkenaan.\r“Liga Arab masuk perangkap biasa kerana pemantau tidak ada pilihan lain kecuali menyaksikan acara yang diatur pemerintah yang mengetahui semua gerak geri mereka,” menurut kenyataan Jawatankuasa Koordinasi Tempatan (LCC).\r“Ini menyebabkan pemantau tidak dapat bekerja atau  bergerak bebas atau secara semula jadi,” kata kumpulan terbabit.\rPertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menganggarkan lebih 50,000 penduduk dibunuh sejak kebangkitan tercetus pada pertengahan Mac lalu. Aktivis berkata, dalam tempoh seminggu sejak pemantau mula bekerja di Syria pada 27 Disember, beratus-ratus orang dibunuh.\r\n\n\n\rLCC meletakkan angka kematian lebih 390 orang sejak 21 Disember. “Ya masih ada tembakan dan masih ada penembak curi,” kata Setiausaha Agung Liga Arab, Nabil Elaraby dalam sidang media di Kaherah.\r“Ya pembunuhan berterusan. Matlamatnya adalah untuk kita bangun pada waktu pagi dan mendengar tiada orang dibunuh. Falsafah misi adalah untuk melindungi orang awam, jadi jika seorang terbunuh maka misi kita masih belum lengkap.”\r“Perlu ada gencatan senjata lengkap,” kata Elaraby.\rElaraby menekankan pencapaian Liga Arab, mengatakan bahawa kerajaan Syria menarik balik kereta kebal dan artileri dari bandaraya berkenaan dan kejiranan penduduk serta membebaskan kira-kira 3,5000 tahanan. \rBeliau berkata bekalan makanan tiba kepada penduduk dan mayat penunjuk perasaan sudah ditemui.\rPemantau sepatutnya mengesahkan pematuhan Syria dengan satu rancangan Liga Arab untuk menghentikan kekerasan terhadap penunjuk perasaan seperti dipersetujui Damsyik pada 19 Disember lalu. –  AP

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 08:46 AM GMT+8 , Processed in 0.287689 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list