CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 141|Reply: 0

Remaja diseksa mentua dapatkan rawatan lanjut di India

[Copy link]
Post time 3-1-2012 09:05 AM | Show all posts |Read mode
KABUL: Remaja tempatan berusia 15 tahun yang diseksa dengan kejam selama beberapa bulan oleh keluarga mentua selepas gagal memaksanya menjadi pelacur akan dihantar ke India untuk menerima rawatan perubatan, kata seorang pegawai Afghan semalam.\rIbu mentua Sahar Gul dan kakak iparnya ditahan, manakala suaminya diburu, kata jurucakap Kementerian Dalam Negeri, Sediq Sediqi.\r\n\n\n\n\rKes berkenaan menggegarkan Afghanistan, walaupun aktivis hak asasi berkata penderaan serius ke atas wanita dan gadis dalam masyarakat konservatif adalah biasa. Presiden Hamid Karzai berkata sesiapa saja yang mendera Gul akan dihukum.\r\r\n\n\n\n\nMenurut pihak berkuasa di wilayah timur laut Baghland, keluarga mentua mengurung Gul dalam bilik bawah tanah selama enam bulan, mencabut kukunya, menderanya dengan seterika panas dan mematahkan jarinya. Polis membebaskannya minggu lalu.\rMenteri Kesihatan Awam dan Hal Ehwal Wanita melawat Gul yang kini berada di sebuah hospital di sini.\rMangsa dibebaskan dari bilik bawah tanah rumah suaminya minggu lalu selepas pak ciknya menelefon polis.\r“Ia perbuatan kejam yang tidak boleh diterima dalam abad ke-21,” kata Sediqi kepada media. “Kami berterima kasih kepada pak cik Sahar Gul.”\r\n\n\n\rBeliau menambah jika polis tidak sampai tepat pada masanya mangsa mungkin mati.\rGul berkahwin kira-kira tujuh bulan lalu. Jawad Basharat, jurucakap Ketua Polis Wilayah di Baghlan berkata satu waran tangkap dikeluarkan untuk suaminya yang berkhidmat dalam tentera Afghanistan.\r“Selepas polis mengetahui mengenai Sahar Gul, mereka mengambil tindakan dan menjumpainya dalam bilik bawah tanah rumah berkenaan dalam keadaan teruk,” kata Basharat. “Kukunya dicabut, dia cedera di semua bahagian tubuhnya, ada tanda lecur, dia menderita akibat pelbagai jenis kecederaan.”\r“Ibu mentua dan anggota lain keluarga berkenaan dilaporkan terbabit dalam apa yang digambarkannya sebagai aktiviti jenayah,” katanya yang termasuk menjual arak dan pelacuran. – AP\r

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 08:50 AM GMT+8 , Processed in 0.040943 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list