CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 140|Reply: 0

Pyongyang mahu balas dendam

[Copy link]
Post time 31-12-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Badan pemerintah Korea Utara kekal dasar keras Jong-il ke atas Korea SelatanSEOUL: Korea Utara memberi amaran kepada dunia semalam untuk menjangka tiada perubahan dasar di bawah kepimpinan baru Kim Jong-Un dan mengancam membalas dendam ke atas Korea Selatan kerana “menabur garam” ke dalam luka rakyatnya yang masih bersedih.\rKenyataan keras itu dikeluarkan sehari selepas negara komunis itu menamatkan perkabungan 13 hari untuk mendiang Kim Jong-il dan mengiktiraf anak lelakinya Jong-Un sebagai pemimpin agung baru dalam satu upacara peringatan besar-besaran.\r\n\n\n\n\rKami “sesungguhnya mengisytiharkan dengan yakin bahawa boneka Korea Selatan dan ahli politik bodoh di seluruh dunia seharusnya tidak menjangka apa-apa perubahan daripada DPRK (Korea Utara),” kata Suruhanjaya Pertahanan Kebangsaan (NDC), badan atasan pembuat keputusan.\r\r\n\n\n\n\n“Utara tidak pernah mempunyai perjanjian “dengan kumpulan pembelot Lee Myung-Bak,” kata NDC merujuk kepada presiden Korea Selatan dalam satu kenyataan dikeluarkan agensi berita rasmi dan televisyen tempatan.\r“Kami sudah pasti memaksa kumpulan pembelot membayar untuk jenayah tersembunyi dilakukan ketika tempoh kesedihan negara,” kata Suruhanjaya itu sambil menuduh kerajaan Seoul menghina Pyongyang ketika tempoh perkabungan Jong-il. \r“Air mata dan pengorbanan rakyat akan menjadi ‘api’ yang bakal membakar semua kumpulan pengkhianat,” kata NDC. \rPenganalisis berkata Utara memberi amaran kepada dunia supaya tidak campur tangan ketika peralihan dan kemungkinan berlaku provokasi mana-mana provakasi adalah rendah.\r\n\n\n\rUtara segera meningkatkan kedudukan anak lelaki mendiang pemimpin itu, jawatan yang tidak ditandingi berusia lewat 20 an, apabila bapanya meninggal dunia akibat serangan jantung pada 17 Disember lalu.\rBeliau diisytiharkan “pemimpin agung parti dan tentera serta rakyat” pada hari peringatan dihadiri oleh puluhan ribu rakyat kelmarin dan mengetuai pengebumian negara hari sebelumnya. - AFP

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 08:47 AM GMT+8 , Processed in 0.037417 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list