CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: pasarmalam

Tazkirah Facebook

[Copy link]
 Author| Post time 12-9-2014 08:02 PM | Show all posts
TAZKIRAH FACEBOOK KE-65 (Julai 27, 2013)

Mencari Pak Awang tanpa mengenali Pak Awang,
memungkinkan kita tersalah orang.

Memburu badak tanpa kita mengenal badak,
memungkinkan kita tersalah tembak.

Mengumpul cendawan tanpa kita mengenal cendawan,
memungkinkan kita tersalah makan.

Menyembah Allah tanpa mengenal Allah,
memungkinkan kita tersalah sembah.

Sudahkah kita mengenal Allah?
Ataupun selama ini
kita hanya sekadar tahu bahawa Tuhan kita ialah Allah?

Benarkah selama ini kita berabdi dan menyembah Allah?
Ataupun tanpa kita sedari
sebenarnya kita tersembah makhluk Allah
yang kita sangka sebagai Allah?
Ataupun selama ini
kita tersembah makhluk yang 'bercampur' dengan Allah?
(Maksudnya menyekutukan Allah)

Berawas wahai teman!
Hendak menyembah raja tetapi tersembah selain baginda,
boleh bercerai badan dengan kepala.
Hendak menyembah Allah tetapi tersembah selain-Nya.
segala amal menjadi debu belaka.

Jangan sengaja kita persiakan
segala amal amal fardhu dan amal sunat
segala usaha dakwah dan segala jihad
segala hafazan dan segala aurad
segala tulisan dan segala kalimat
hanya kerana...
kita tidak mengenal Tuhan.

Walau semasyhur mana guru,
walau sebesar mana jemaah,
walau sebanyak mana sanad,
walau selama mana bersama-sama mereka,
tapi tidak ditarbiyyah untuk mengenal Allah
yang menyebabkan sampai sekarang kita belum mengenal Allah...
... silalah bermuhasabah.

Di mana diri kita hari ini?
Ke mana diri kita dibawa selama ini?
Ke mana kita membawa diri kita sendiri selama ini?
Adakah esok masih mahu kekal seperti hari ini?

Tersalah menyembah raja,
tinggal badan putus kepala.
Tersalah menyembah Raja Segala Raja,
terhapus amal lenyap pahala.

Sudah faham kenalah usaha.
Tidak sekadar mengangguk sahaja.
Sudah diperingat, dan masih ada masa.
Jangan tunggu Malaikat Maut tiba.

Doa sebelum usaha
doa semasa usaha
doa selepas usaha
Tiga peringkat doa diamalkan sentiasa.

Ya Allah,
anugerahkanlah kami kenikmatan mengenal-Mu
dan kenikmatan berabdi kepada-Mu.
Amin ya Allah.

(*Kepada para pengikut kuliah kitab Ihya' 'Ulumuddin, teruskan pengajian anda, istiqamah dari mula, insya-Allah apa yang kita hajat ada di sana)
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 12-9-2014 08:03 PM | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-1-2015 10:35 PM | Show all posts
TAZKIRAH FACEBOOK 66 (Ogos 6, 2013)

SITUASI 1

@ Awang, engkau rajin baca Quran tak?
# Boleh le…

@ Setiap hari?
# Sehari 1 juz. Sebulan sekali khatam.

@ Alhamdulillah, syukur. Syabas Awang!
# Dah biasa. Kalau bulan Ramadhan, 2 kali khatam. Orang tua aku 3 kali khatam.

@ Bagus tu! Bukan senang nak dapat. Err… maksud ayat-ayat Al-Quran, ada baca tak?
# Eh, takde le pulak! Aku baca yang Arabnya je le.

@ Ooo… rugi banyak tu, baca saja tapi tak tahu makna, tak tahu cerita!
# Ye tak ye, aku ni hebat tentang membunyi, membaca dan melagukan je, tapi tak kisah pun tentang isi cerita Al-Quran. Macam burung kakaktua le pulak rasanya. Hmmm…

@ Itu le… kalimah-kalimah Arab tu memang sangat penting, tapi isi kandungan dia lebih penting.
# Kalau macam tu, aku bercadang nak baca setengah juz sehari, dan lepas tu baca terjemahannya setengah juz juga. Ok tak?

@ Cantik! Ikut kemampuan masing-masinglah, asalkan tahu serba-sedikit apa isi cerita yang Tuhan nak sampaikan kepada kita. Tuhan bukan nak kita sekadar membunyikan kalimah, membaca dan melagukannya, tapi untuk mengambil tahu dan mengamalkan isinya. Lainlah kalau kita ni memang mahir bahasa Arab Al-Quran (bukan bahasa Arab biasa), tak perlulah baca terjemahan atau tafsirannya.
# Memang cantik kalau budaya membaca Al-Quran masyarakat kita ni ditajdidkan. Lepas habis baca, baca terjemahannya. Kalau dapat baca tafsir laaagi cantik molek.

SITUASI 2 (Malam raya Aidl Fitri)

@ Alhamdulillah… dalam bulan posa ni aku dapat la habih 5 kali Quran.
# Alhamdulillah! Memang baguih sangat, tak ramai orang yang Tuhan pilih untuk habih ulang habih ulang Quran dalam bulan posa ni. Emm… terjemahan dia berapa kali habih ulang?

@ Errr… tak dak la pulak aku baca terjemahan ka… tafsir ka…
# Jadi… sepanjang bulan posa ni, apa cerita yang hang dapat daripada pembacaan Quran hang tu?

@ Err… tak tau cerita apa la, cuma baca yang Arab dia la.
# Untung memang untung dah, tapi…. tak rasa rugi ka baca Quran 5 kali khatam dalam keadaan tak dapat apa-apa mesej daripada Allah kat dalam tu? Baca paper (akhbar) orang putih ulang 5 kali tapi tak tau apa cerita. Tak dak rasa rugi apa-apa ka?

@ Uih, memang ada bahagian yang rugi la! Awat la aku tak terpikiaq nak baca terjemahan dia lepaih aku baca hat yang Arab tu?
# Kesimpulan dia, budaya kebanyakan orang kita dok berlumba baca Quran sapa dapat baca banyak kena ubah la. Lumba baca kalimah Arab, lumba jugak baca terjemahan dia.

TINDAKAN KITA

Mulai hari ini (kepada sesiapa yang belum buat), kita baca Al-Quran dan baca juga terjemahannya. Ada lebih masa, kita baca pula tafsirannya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-1-2015 10:36 PM | Show all posts
TAZKIRAH FACEBOOK 67 (Ogos 25, 2013)

Ada makanan yang sedap dan baik
yang datang dari kuali murah, sudip patah separuh, ruang dapur kecil, dapur minyak tanah
dan tukang masak yang tidak bagus rupanya.

Ada pula makanan yang tidak sedap dan tidak baik
tapi datang dari kuali berjenama, sudip baru, ruang dapur mewah, dapur mahal
dan tukang masak yang bagus rupanya.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-1-2015 10:36 PM | Show all posts
TAZKIRAH FACEBOOK 68 (September 4, 2013)

Apabila terkena sesuatu musibah, antara yang perlu kita fikirkan ialah :
1. tindakan semerta (serta-merta).
2. tindakan untuk tempoh terdekat ( 1-2 jam, 1-2 hari, 1-2 minggu....).
3. tindakan untuk tempoh yang dekat (1-2 bulan, 2-3 bulan....)
4. tindakan untuk tempoh yang agak panjang sikit ( setengah tahun- 1 tahun...)
5. tindakan untuk jangka masa panjang (beberapa tahun...)
6. tindakan untuk jangka masa yang lebih panjang ( puluh tahun...)
7. tindakan untuk jangka masa yang sangat panjang (akhir hayat... alam akhirat)

Rata-rata orang akan fikir yang nombor 1 dan nombor 2.
Kurang yang mahu berfikir sehingga nombor 3 dan nombor 4.
Jarang-jarang yang mahu berfikir sehingga nombor 5 dan nombor 6.
Apatah lagi sehingga nombor 7.

Begitu jugalah untuk merancang sesuatu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-1-2015 10:36 PM | Show all posts
TAZKIRAH FACEBOOK 69 (September 6, 2013)

Ada kala sesuatu kekeruhan itu tidak memerlukan tindakan penjernihan, cuma perlu dibiarkan, dan kejernihan akan wujud dengan sendirinya.kk

Lopak air tidak perlu dijernihkan. Kita biarkan ia tenang sendiri. Jernihlah ia.

Kadang-kadang tindakan kita untuk menjernihkan air yang keruh, membuatkan kerosakan yang lebih teruk daripada kekeruhan.

Ada kekeruhan yang memerlukan tindakan penjernihan, dan ada kekeruhan yang perlu dibiarkan jernih sendiri.

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 14-1-2015 10:38 PM | Show all posts
pasarmalam replied at 14-1-2015 10:36 PM
TAZKIRAH FACEBOOK 69 (September 6, 2013)

Ada kala sesuatu kekeruhan itu tidak memerlukan tindakan ...


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-1-2015 01:24 PM | Show all posts
TAZKIRAH FACEBOOK 70 (September 7, 2013)

Masa depan ada banyak jenis.

Sekejap lagi pun… masa depan.
Esok pun… masa depan.
Minggu depan pun… masa depan.
Bulan depan… masa depan.
Tahun depan… masa depan.
10 tahun lagi… masa depan.
100 tahun lagi…
Hari tua…
Sakaratul maut…
Alam kubur…
Alam akhirat… masa depan juga.
Syurga atau neraka… semuanya masa depan.
Dan yang terakhir inilah yang sebenar-benar masa depan.

Apa yang sudah, sedang dan akan kita sediakan untuk masa depan?
Masa depan yang mana yang kita buat persediaan sedemikian hebat tu?
Masa depan yang mana yang kita lebih-lebihkan?
Dan untuk masa depan yang mana yang kita belum buat persediaan?
Cukup makankah bekalan-bekalan yang kita sediakan untuk masa depan itu?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 21-1-2015 01:25 PM | Show all posts
TAZKIRAH FACEBOOK 71 (September 17, 2013)

Masalah berlaku apabila ada pihak atau pihak-pihak yang tidak mahu mengikut aturan agama. Begitulah umumnya.

Periksalah mana-mana masalah yang timbul, tentu kita akan mendapati puncanya tidak lain kerana ada pihak atau pihak-pihak yang tidak mahu mematuhi aturan agama.

Pertelingkahan, pergaduhan, perseteruan, peperangan, penindasan.......
berlaku kerana ada pihak atau pihak-pihak yang tidak bersetuju untuk mengikut kehendak agama.
Mereka memilih untuk mengikut kehendak selain kehendak agama.

Apa pun yang berlaku, kita pastikan diri kita termasuk dalam kalangan orang-orang yang mematuhi kehendak agama.

Kemudian/ disamping itu...
kita usaha pula agar orang-orang yang hampir dengan kita (terutamanya keluarga kita) agar mereka juga mematuhi kehendak agama.

Jika kita berperanan, insya-Allah lama-kelamaan semakin ramai orang yang mematuhi kehendak-kehendak agama.
Maka, akan berkuranganlah masalah-masalah di seluruh dunia.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-2-2015 05:29 PM | Show all posts
TAZKIRAH FACEBOOK 72 (20 September 2013)

Hidup sudah lama
tapi masih belum dapat cahaya (an-nur).

Usia makin tua
tapi masih tercari-cari cahaya.

Lebih malang lagi…
ajal makin tiba
tapi tak tahu pun tentang cahaya

Macam mana hendak (mudah) mendapat cahaya
jika tidak pernah membaca  Surah Cahaya (Surah An-Nur),
tidak diketahui maksudnya,
tidak diusaha cari rahsianya…
dan tidak diamalkan…

Patutlah sampai ke hari ini masih kelam.
Patutlah sampai ke hari ini masih gelita.

Jangan tunggu lama-lama
nanti nyawa diambil oleh pencabut nyawa.
Ketika itu menyesal tiada lagi guna.

Cahaya segala cahaya.
Cahaya sebenar cahaya.

Facebook : Abu Zulfiqar Al-Amsyari
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-2-2015 05:30 PM | Show all posts
TAZKIRAH FACEBOOK 73 (September  21, 2013)

Tauhid – berguna untuk mengesahkan diri sebagai calon peperiksaan.
Tanpa tauhid, walau sehebat mana diri mampu menjawab soalan-soalan peperiksaan,
diri tidak akan diiktiraf,
tidak akan dikeluarkan apa-apa sijil kepada diri.

Fiqh – gunanya untuk lulus peperiksaan.
Tanpa fiqh, memang boleh masuk dewan peperiksaan,
tapi tidak mampu menjawab apa-apa.
Dengan fiqh, insya-Allah akan lulus,
tapi tidak boleh mendapat keputusan yang cemerlang,
sekadar lulus sahaja.

Tasawuf – gunanya untuk mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan.
Tanpa tasawuf, keputusan yang keluar nanti mungkin sekadar lulus sahajalah
tak dapatlah gred A atau B.

Tauhid, fiqh dan tasawuf.
Keseimbangan ketiga-tiganya  hendaklah diusahakan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-2-2015 05:30 PM | Show all posts
TAZKIRAH FACEBOOK 74 (September 25, 2013)

Iman (tauhid), Islam (fiqh) dan ihsan (tasawuf).
Ketiga-tiganya tidak boleh dipisahkan, tidak boleh ditinggalkan.

Tidak boleh ambil satu tolak dua.
Tidak boleh juga ambil dua buang satu.
Apatah lagi jika mengetepikan ketiga-tiga.
Mestilah belajar dan mengamalkan ketiga-tiga.

Mana yang sudah ada, mana yang belum?
Mana yang sudah tahu, mana yang masih belum atau sangat kurang tahu?
Ada usaha untuk tahu?
Atau buat-buat tak tahu?
Ataupun selama hari ini berasa ada salah satu yang tidak perlu?
Aduh, malangnya jika benar begitu!

Tidak pernah tahu?
Tidak pernah diberitahu?

Dengan siapalah selama ini berguru?
Kumpulan apakah yang selama ini mentarbiyyah dirimu?
Sampaikan yang sangat penting dibiarkan berlalu?

Agama ada 3 tungku – tauhid, fiqh, tasawuf.
Usahalah segera jangan ditunggu.
Seimbangkan ketiga-tiga tungku,
nescaya cantiklah kawah menumpang
kerana kuah di dalamnya tidak tumpah terbuang
hasil tiga tungku yang teguh seimbang.

Gunakan mata hati, bukan mata muka.
Itulah mata yang hampir-hampir tiada had.
Boleh melihat sesuatu yang sangat jauh mahupun sesuatu yang sangat dekat.
Yang boleh memandang ke sebalik dinding ataupun ke dalam zulmat.
Mata yang mampu menyaksikan bau, bunyi, perasaan, tersirat…

Ambil masa… buat renungan.., dan pastikan ada tindakan yang dibuat.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-2-2015 04:20 PM | Show all posts
TAZKIRAH FACEBOOK 75 (Oktober 4, 2013)

Masihkah ada lagi
yang seakan-akan
walaupun tidak betul-betul sama
dengan Khalifah Umar bin Abdul Aziz
dan isterinya
dari segi zuhud mereka?...


Pilihlah aku ya Allah.
Pilihlah kami ya Allah.
Anugerahilah kami sifat zuhud.
Tempatkanlah kami dalam kalangan para zahid.


TAZKIRAH FACEBOOK 76 (Oktober 22, 2013)

Berehat dan berhibur umat Islam…

Berehat atau berhibur setelah penat melakukan kerja-kerja agama
banyak menyumbang untuk menguatkan agama dan umat.

Buat kerja-kerja agama hanya setelah penat berehat atau berhibur
banyak menyumbang untuk melemahkan agama dan umat.

Asyik berehat atau berhibur tanpa buat kerja-kerja agama
Banyak menyumbang untuk meruntuhkan agama dan umat.

Berehat dan berhiburlah
tapi biarlah dalam keadaan menguntungkan agama dan umat Islam.


Facebook : Abu Zulfiqar Al-Amsyari
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-3-2015 05:37 PM | Show all posts
TAZKIRAH FACEBOOK 77 (Oktober 26, 2013)

Dalam sehari-hari, ada hamba-hamba Allah yang :

1.        Sentiasa mengingati Allah walau di mana dia berada.
2.        Selalu mengingati Allah walaupun tidak sentiasa.
3.        Lebih banyak mengingati Allah daripada tidak ingat.
4.        Mengingati Allah dengan tidak, sama banyak.
5.        Banyak mengingati Allah, tetapi lebih waktu yang tidak mengingatiNya.
6.        Ada juga mengingati Allah, tapi kebanyakan waktunya tidak mengingati Allah.
7.        Sangat sedikit waktunya mengingati Allah.
8.        Langsung tidak ingat akan Allah.

Kebanyakan umat Islam manusia dan jin berada pada nombor 5, 6 dan 7.
Jarang-jarang ada yang nombor 4.
Sangat sedikit yang nombor 3.
Beberapa kerat sahaja yang nombor 2.
Hampir-hampir pupus yang nombor 1.

Di manakah aku?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-3-2015 05:38 PM | Show all posts
TAZKIRAH FACEBOOK 78 (Oktober 26, 2013)

Antara tanda zuhud sudah bertunas dalam diri
ialah apabila kita semakin banyak meninggalkan keinginan
pada  barang-barang atau perkara-perkara kehendak,
dan semakin berasa  selesa berpada
dengan barang-barang atau perkara-perkara  keperluan.

Adakah kita berasa demikian?

Antara tanda zuhud semakin pergi
ialah apabila kita semakin hari semakin banyak melayan keinginan
pada barang-barang atau perkara-perkara kehendak.

Adakah kita berasa demikian?

Adakah zuhud kita semakin meninggi
atau semakin pergi?

Ketiadaan, kekurangan atau kehilangan zuhud
tidak hanya melanda orang-orang biasa
tapi juga melanda orang-orang yang dipandang berpengetahuan agama.
Oleh itu, berawas semua!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-3-2015 05:38 PM | Show all posts
TAZKIRAH FACEBOOK 79 (Oktober 30, 2013)

Lagi kuat angin, lagi tinggilah layang-layang.
Lagi kuat cabaran, lagi berjayalah seseorang.
Begitulah umumnya.

Namun tetap kena bijak bermain dengan angin.
Jangan sampai angin yang terlalu kuat pun mahu diredah juga.
Kelak putus teraju, patah rangka.
Putus benang, musnah lelayang.


TAZKIRAH FACEBOOK 80 (Oktober 31, 2013)

Bayangkan kita berada di hadapan sehidang makanan
Siap dengan nasi, lauk utama dan lauk sampingan.

Nasi dan lauk utama pasti kita makan
sedangkan lauk sampingan hanya bertaraf aksesori,
boleh ada dan boleh tidak ada.
Ada pun ok, tak ada pun tidak mengapa.

Kalau ada pun mungkin tidak kita sentuh.
Kalau disentuhpun mungkin sekadar untuk kita mengetahui bagaimana rasanya
ataupun untuk menyedapkan hati mereka yang menyediakan makanan itu.
Tak dirasa nanti, takut-takut penyedia makanan pula hatinya terasa.
Begitulah nasib lauk sampingan.

Ilmu-ilmu dan amal-amal agama ibarat nasi, bukan lauk.
Ibarat makanan asasi, bukan makanan sampingan.

Tapi hari ini…
Ilmu dan amal keduniaan sudah jadi nasi dan lauk utama.
Ilmu dan amal agama hanya bertaraf lauk.
Laukpun bukannya lauk utama tetapi lauk sampingan.
Disentuh pun boleh, tak disentuh pun tidak mengapa.
Tidak terasa kurangpun di mana-mana.

Marilah kita kembalikan posisi ilmu dan amal agama sebagai makanan asasi.


FB : Abu Zulfiqar Al-Amsyari
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 31-3-2015 04:49 PM | Show all posts
TAZKIRAH FACEBOOK 81 (November 10, 2013)

Dalam mengusahakan keduniaan
dalam mengejar keduniaan
kita sanggup menggunakan dan mengorbankan
banyak masa
banyak tenaga
banyak minda
banyak wang dan harta
juga waktu rehat dan waktu berhibur kita.
Kita tidak kisah (tak hirau sangatlah)
sekiranya kekurangan atau kehilangan itu semua
bahkan kita berasa lazat mengusahakan
keduniaan yang kita kejar itu.

Namun dalam mengusahakan keagamaan
dalam mengejar keagamaan
kita sangat berkira tentang penggunaan
masa kita
tenaga kita
minda kita
wang dan harta kita
juga waktu rehat dan berhibur kita.
Kita jadi sangat kisah (sangat berkira dan sensitif)
bahkan sering berasa berat dan mahu tak mahu.
Jika terpaksa dibuat pun, sekadar ada,
sekadar melepaskan batuk di tangga.
Kita berasa sangat rugi kalau berkurangnya atau hilangnya itu semua.
Tak sanggup rasanya mengorbankan itu semua
untuk usaha-usaha pada jalan agama.

Seboleh-bolehnya kita mahu meminimunkan
penggunaan masa, tenaga, minda, wang, harta, rehat dan hiburan kita
untuk mengusahakan hal ehwal keagamaan.
Tetapi seboleh-bolehnya kita mahu memaksimakan
penggunaan masa, tenaga, minda, wang, rehat dan hiburan kita
dalam mengejar hal ehwal keduniaan, seperti mengejar
pangkat
kedudukan di mata manusia dan jin
penghormatan dan pengiktirafan mereka
redha dan kasih sayang mereka
gaji dan pendapatan
wang dan ekonomi
harta benda
kesenangan dan kemewahan
kekuasaan
kecantikan
kekuatan
dan sebagainya.

Koreksi diri...

https://www.facebook.com/pages/T ... qar/130149383802940
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-3-2015 04:50 PM | Show all posts
Tazkirah Facebook 82 (November 13, 2013)

Rezeki Allah itu luas.
Sangat luas!

Banyak rezeki boleh diperoleh
melalui jalan yang baik
melalui cara yang mulia di sisi Allah
melalui jalan yang diredhaiNya
melalui cara yang soleh.

Janganlah kita mencari rezeki
melalui jalan yang tidak baik
melalui cara yang tidak mulia
melalui jalan yang tidak mendapat keredhaan Allah
melalui cara yang tidak soleh,
sekalipun jalan dan cara itu menyeronokkan
membuatkan kita berasa puas
mendapat laba yang banyak
menerima pujian orang
dipandang hebat dan berasa diri hebat
bersesuaian dengan hawa nafsu kita.

Rezeki Allah itu luas.
Kita yang memandangnya sempit.


Tazkirah Facebook 83 (November 19, 2013)

Bicara ini bicara hakikat.
Allah yang menyembuh, bukannya ubat.
Namun usaha tetap dibuat.
Agar seimbang hakikat dan syariat.

Ubat itu makhluk ciptaan.
Tempat laluan pekerjaan Tuhan.
Berharap pada Tuhan, bukannya pada ubat-ubatan.
Semua ubat tiada daya, yang berkuasa hanyalah Tuhan.

Usaha berubat jangan ditinggalkan.
Sakit atau sembuh, Dia yang tentukan.
Jika doa sudah diberkenan.
Tanpa ubat pun sihat tubuh badan.

Jika mahu doa diberkenan.
Dekatkanlah diri kepada Tuhan.
Makan dan minum jangan sebarangan.
Selalu-selalulah mohon keampunan.

https://www.facebook.com/pages/T ... qar/130149383802940
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-3-2015 04:50 PM | Show all posts
Tazkirah Facebook 84 (November 21, 2013)

Ada sejenis muslim :
yang kerjanya sehari-hari ialah
cari duit (bekerja), makan, minum, buang air,
berehat, berhibur, beribadah dan bersosial.
Inilah rutin kebanyakan orang.
Begitulah urusannya sehari-hari,
berulang-ulang sepanjang hidupnya,
sampailah ke mati.

Ada pula sejenis muslim :
Yang kerjanya sehari-hari ialah
cari duit (bekerja), makan, minum, buang air,
berehat, berhibur, beribadah dan bersosial,
SERTA buat kerja-kerja agama
yakni rajin memasukkan ilmu-ilmu agama ke dalam diri
dan ke luar diri,
iaitu belajar dan berdakwah,
ringkasnya menggerakkan dan memperjuangkan agama.
Ini rutin sedikit orang.
Begitulah urusannya sehari-hari,
berulang-ulang sepanjang hidupnya.
sampailah ke mati.

Dan ada lagi jenis-jenis yang lain.

Tazkirah Facebook 85 (Februari 14, 2014)

Biar buruk kitab kerana digunakan.
Jangan biar buruk kitab kerana tersimpan,
buruk kitab kerana bertahun di almari pameran,
buruk kitab kerana dimakan haiwan,
atau buruk kitab kerana persekitaran.

https://www.facebook.com/pages/T ... qar/130149383802940
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 11:39 PM GMT+8 , Processed in 0.109660 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list