View: 147|Reply: 0
|
Presiden OK, timbalan kata tak OK!
[Copy link]
|
|
Lebih ramai, lebih meriah: Sultan Ahmad Shah \rManusia pegang pada janji: Annuar\r“LEBIH ramai lebih meriah”. Itulah reaksi Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Sultan Ahmad Shah terhadap keputusan skuad Young Lions menyenaraikan 10 pemain lebih umur dalam skuad mereka bagi beraksi pada Liga Super bermula 10 Januari ini.\r\r Pada firasat beliau, tindakan menyelitkan pemain senior dalam skuad Young Lions yang kemudian dinamakan Lions X11 adalah keputusan Persatuan Bolasepak Singapura (FAS).\r\n\n\n\n\n\r“Bagi kita, pintu sentiasa terbuka bagi sesiapa yang mahu menyertai liga bola sepak tempatan. Kita terima mereka. Apa yang penting manfaat pembangunan sukan bola sepak di negara ini. Lebih ramai pemain lebih bagus dan lebih meriah,” katanya ketika ditemui di Kuantan, semalam.\rKelmarin, wakil Singapura yang bakal beraksi pada Liga Super mengumumkan barisan 28 pemain mereka yang terdiri daripada hanya 18 pemain berusia 23 tahun ke bawah.\rSementara itu, ditanya tindakan beberapa persatuan bola sepak negeri memancing khidmat pemain Harimau Muda yang sudah melebihi umur 23 tahun, Sultan Ahmad Shah berkata, itu langkah yang baik dilakukan persatuan negeri bagi terus membantu mengembangkan bakat serta meningkatkan kualiti pemain.\r“Bagi saya hasrat pasukan negeri mengambil pemain Harimau Muda bukan satu masalah kerana kita memang mahu kerjasama seumpama ini.\r“Malah ini juga satu peluang bagi jurulatih (Ong Kim Swee) mengetengahkan muka baru dalam skuad Harimau Muda. Ketika sama pemain harus mengekalkan tahap disiplin serta terus meningkatkan kualiti masing-masing,” katanya.
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|