View: 9345|Reply: 19
|
Teknik Penipuan Terkini...
[Copy link]
|
|
Awas....
Pengalaman mangsa.....
Modus Operandi:
1. Mangsa terima panggilan daripada no +60321677722 yang mengatakan bahawa panggilan dibuat daripada MBF. Mangsa dikatakan telah membuat transaksi kad kredit di Singapore berjumlah RM9000. Mangsa juga diyakinkan dengan bahawa nama penuh dan no kad pengenalan mangsa adalah benar seperti dalam rekod mereka. Mangsa panik dan menafikan transaksi tersebut. Pemanggil cuba menenangkan mangsa kononnya kes akan dirujuk ke Bank Negara untuk tindakan susulan dan mangsa diminta bersedia.
2. Mangsa terima panggilan daripada +326988044. No dipaparkan pada telefon bimbit mangsa adalah sama seperti no telefon Bank Negara. Pemanggil memaklumkan bahawa rekod perbualan akan dirakam untuk tujuan pengumpulan bukti yang akan dibawa ke mahkamah. Mangsa diminta mengemukakan maklumat yang dikehendaki seperti no kad kredit, no kad atm dan sebagainya. Pemanggil begitu profesional sehingga mangsa terpedaya. Pemanggil juga memberi khidmat nasihat supaya perkara sebegini tidak berulang lagi. Mangsa dimaklumkan kononnya kebocoran maklumat berpunca daripada maklumat yang ada dalam pita magnetik pada kad telah bocor kepada pihak ketiga. Mangsa diminta menunggu panggilan seterusnya daripada pihak teknikal Bank Negara untuk tujuan tetapan semula pada kad atm milik mangsa.
3. Mangsa terima panggilan daripada +60327884722 yang mengaku pegawai Bank Negara untuk membantu mangsa membuat tetapan semula. Mangsa diminta pergi ke mesin atm untuk membuat tetapan. Mangsa juga diugut supaya menyegerakan tindakan tersebut kerana pemanggil perlu menyegerakan kes ini untuk dibawa ke mahkamah. Mangsa diminta memaklumkan baki setiap akaun berdasarkan kad atm masing-masing. Pemanggil begitu profesional dan memberi arahan supaya pindahan sementara perlu dibuat kerana Bank Negara akan menggantung akaun mangsa selama 3 hari sementara siasatan dibuat. Akur dengan arahan dan yakin bahawa kes ini dapat diselesaikan, wang mangsa dipindahkan ke akaun seorang berbangsa Cina. Mangsa dimaklumkan bahawa akaun tersebut adalah akaun peguam yang akan memegang amanah sementara kes ini disiasat. Wang akan dikembalikan kepada akaun mangsa selepas siasatan selesai. Sebenarnya penipuan telah berlaku.
Kenapa mangsa tertipu:
1. Mangsa diugut muflis
2. No telefon yang digunakan adalah no samaran. Panggilan dibuat mengguna VOIP seperti Yahoo Messenger/Skype. Bukan sekadar no telefon Bank Negara, malah no telefon Kementerian yang ada di Malaysia boleh disamarkan. Mangsa terpedaya walaupun membuat semakan.
3. Mangsa panik dan apabila transaksi dibuat menerusi mesin atm, sudah pasti berlaku hilang fokus dan kurang selesa kerana mempertimbangkan pengguna lain yang turut sama ingin menggunakan mesin tersebut. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
mcam tu pon ade kan . mcam2 skrg |
|
|
|
|
|
|
|
aku menunggu sipenipu ni call aku
sekor pun xde
aku nk maki n pakok duit depa lak
regards |
|
|
|
|
|
|
|
Awas....
Pengalaman mangsa.....
Modus Operandi:
1. Mangsa terima panggilan daripada no +603 ...
musang_pulut Post at 7-12-2011 11:05
Mangsa diminta menunggu panggilan seterusnya daripada pihak teknikal Bank Negara untuk tujuan tetapan semula pada kad atm milik mangsa.
Kad ATM bank tak der kena mengena ngan Bank Negara.
Ya lah mangsa dah panik...nak buat cam ner. |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by raffendi at 10-12-2011 15:15
Saya pernah terkena ni. Tapi tak sampai suruh pergi atm. Dia cuma mintak detail no akaun bank yang saya ada no kad atm saya. Lama jugak perbualannya. Tapi cara memang professional. Sama macam kat atas tu. Lepas dari call tu, saya terus cek kat website BNM. Rupanya ada amaran pasal kes penipuan tu. Saya terus emel ke BNM. Lepas tu contact bank dan buat report polis.
Tuan,
Kami merujuk kepada e-mel tuan bertarikh 9 September 2009.
Tuan dikehendaki mengambil tindakan segera dengan menghubungi pihak CIMB Bank Berhad (CIMB) dan memberitahu berkenaan perkara tersebut dan seterusnya meminta pihak CIMB mengambil tindakan sewajarnya. Tuan dikehendaki meminta pihak bank supaya menutup akaun tersebut dan membuka akaun lain (akaun baru), dan seterusnya meminta mereka memindahkan baki simpanan di dalam akaun lama kepada akaun baru. Tuan juga dikehendaki mengambil tindakan yang sama jika sekiranya ada maklumat perbankan dari bank-bank lain telah didedahkan kepada pembuat panggilan palsu tersebut.
Setelah mengambil tindakan di atas, tuan dinasihatkan membuat laporan kepada pihak polis dengan memberi maklumat terperinci kepada mereka untuk tindakan selanjut mereka. Tuan diingatkan mengambil tindakan segera sebelum pihak pembuat panggilan palsu tadi bertindak terlebih awal.
Sila hubungi pihak kami di talian berikut 1-300-88-5465 sekiranya tuan mempunyai pertanyaan lanjut mengenai perkara di atas.
Terima Kasih.
Nik Rohana Jusoh BNMTELELINK Bank Negara Malaysia No Tel : 1-300-88-5465 No Faks : 03-21741515 Email : [email protected] ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------DISCLAIMER: Any e-mail messages from Bank Negara Malaysia are sent in good faith, but shall not be binding nor construed as constituting any obligation on the part of the Bank. CONFIDENTIALITY NOTICE: This e-mail contains confidential information, which is intended only for the use of the recipient(s) named above. If you have received this communication in error, please notify the sender immediately via e-mail and return the entire message. Thank you for your assistance.
----Original Message----From: oTam Sent: 09/09/2009 11:38 PM To: [email protected] Cc: Subject: Panggilan Palsu Pengesahan Kad Kredit
Salam..
Saya telah menerima satu panggilan palsu seperti apa yang tertera pada "press statements" Bank Negara Malaysia pada pukul 11.00 pagi 9 September 2009. Urutan peristiwa adalah lebih kurang sama dengan apa yang dinyatakan dalam "pres statements" tersebut. Cuma bezanya, "Unit Kad Kredit Palsu BNM" yang menghubungi saya dengan nombor yang tertera pada telefon bimbit saya adalah +999. Selain nama penuh saya dan nombor kad pengenalan, saya juga telah mendedahkan nombor siri pada kad ATM CIMB. Apakah tindakan saya selanjutnya? Perlukah saya membuat laporan polis?
Rostam Affendi Mohd Shuhaimi
Send To : [email protected] |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Nasihat saya, sentiasa update diri dengan pengetahuan cara2 penipuan terkini. Sebab saya aware jugak pasal penipuan ni, tapi masa dapat call tu mula2 was jugak. Tapi dioarang pandai main psikologi kita. Siap pujuk kita jangan panik. Sebelum kejadian tu, bila saya terbaca kes penipuan kat paper, apalah bodoh sangat percaya. Tapi terkena jugak saya. Tapi mujurlah takde kehilangan duit. Selepas dari tu, panggilan dari syarikat insurance untuk masuk pakej insurance pun saya tak layan. Satu lagi walaupun dapat panggilan dari nombor yang kita tahu dari mana atau biasa dengan nombor dia, mintak tamatkan panggilan, mintak nombor yang kita boleh hubungi dia semula, mintak alamat dia, nama dia dan pegawai dia. Lepas tu samada kita call balk no yang dia bagi atau terus pegi berurusan di pejabat. Tapi pastikan kita cek dulu info yang dia bagi tu valid memang institusi perbankan yang sah. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
hmmm...ada2 saja teknik menipo ni...kena hati2 |
|
|
|
|
|
|
|
makin pro depa nih..organize crime.. polis pun patut lg advance la nak counter.. but less priority khenn!! cbuk jaga politik |
|
|
|
|
|
|
|
mak mentua sya pun dah terkena..husbnd sya kol no tu mmg btol dr bank negara..tp diaorg tk tahu menahu lngsung pasal benda tu..diaorg ckp mmg kes ni tgh top skrg..diaorg curi line bank negara.. |
|
|
|
|
|
|
|
Awas....
Pengalaman mangsa.....
Modus Operandi:
1. Mangsa terima panggilan daripada no +603 ...
musang_pulut Post at 7-12-2011 11:05
Perghhh!!! Macam2 cara penipuan skang ni... |
|
|
|
|
|
|
|
TQ info TT
skang ni macam2 cara nak menipu
macam kat forum sebelah kecoh sal scammer lebih rm100k lebih |
|
|
|
|
|
|
|
Panduan :
1. Panggilan kononnya dari bank untuk meminta kepastian penggunaan kad kredit itu sendiri sudah terang-terang penipuan.
Lojiknya ialah - pernahkah ketika anda gunakan kad kredit, tiba-tiba pihak bank telefon anda sendiri untuk mengesahkannya sedangkan anda tiadapun kad kredit dari Bank B itu.
2. Taktik penjenayah bahawa kad anda konon telah dipalsukan, berjaya membuatkan anda panik dan seolah-olah menyerah diri kepada Bank untuk membantu.
3. Begitu mudah Bank menyambungkan panggilan ke Bank Negara adalah merupakan satu lawak jenaka yang sepatutnya anda telah menyedari anda sedang ditipu.
4. Tempoh 3 hari supaya tidak membuat laporan polis, adalah juga lawak yang sepatutnya anda ambil serius. Sebenarnya, dalam tempoh 3 hari itulah akaun anda akan dikerjakan mereka.
5. Taktik ini sama seperti email scam , cuma bezanya, ia menggunakan telefon.
6.Menurut rakan saya, dia baru sahaja mendaftarkan nombor telefon barunya tidak sampai sebulan dengan sebuah syarikat telco, dan tiada siapa yang tahu nombor telefon itu. Dia pelik, bagaimana 'Bank' tahu nombor telefon itu sedangkan dia tidak pernah catat atau hebahkan nombor itu kepada sesiapa atau mana-mana pihak.
7. Anda tidak akan dapat menghubungi nombor yang membuat panggilan ke telefon bimbit anda kerana penjenayah menggunaakan 'private number' atau nombor yang tidak akan dapat anda dail semula. --
nota ; sentiasa berhati2 dengan sebarang panggilan masuk. sebelum apa-apa tindakan yg anda akan lakukan. letakkan talian talifon berkenaan. kemudian hubungi bank anda. tanya perihal akuan anda sebenarnya. dari situ anada akan tau kebenarannya. insyaalah anda tidak akan tertipu |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
saya pernah terima satu panggilan telefon yang bertanyakan nama, no ic dan no kad kredit.
pemanggil dapat memberitahu dengan betul nama penuh, no ic dan no kad kredit dan mengatakan bahawa ada promosi dari bank yang megeluarkan kad kredit dan pemanggil sebagai wakil bank.
yang menjadikan saya sedar itu mungkin satu penipuan bila pemanggil bertanya saya cawangan bank saya dimana dan jika saya ingin tahu saya pemilik kad kredit yang keberapa di cawangan itu. pemanggil meminta saya membacakan 3 digit angka dibelakang kad kredit.
Saya tidak beritahu pun 3 digit angka tu dan terus saya beritahu "ok saya dah tahu" dan letak telefon.
Kalau pemanggil tahu no kat belakang tu......habis la jawabnya. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Salam
Syukur la qt ni jenis hati batu. qt selalu terima panggilan bkaitan bank.. ada yg kata nak promosi insuran la. ada yang kata nak kemaskini la... tapi, biasanyer, memang qt x nak layan. samapia ada yg mara qt, knp x nak bg masa, qt jawab, saya x mahu, saya x berminat. siap minta alasan, konon utk rekod. bo layan la... qt tetap x nak layan. siap ugut, awk x letak, saya akan letak. bye! hahaha... padan muka.
kadang2 tpikir, mungkin panggilan betul dr bank. tapi, qt rasa nak bagi memo ke bank, jgn la buat promosi melalui telefon. xde itam putih.
Lagi 1 yang bahaya. qt dapat tahu, kadang2 penipu akan membacakan maklumat diri kita. dgn menjawab YA, mereka bole manipulasi jawapan kita utk transaksi duit kita. sbb tu, qt xnak layan langsung panggilan begitu. benar atau tipu. bo layan! |
|
|
|
|
|
|
|
biasanya yg call wakil dr bank offer insurans ni dr outsources company.dorg mmg dpt maklumat dr bank..dr situ dorg akan buat telemarketing..ada gak 2 3 member keje bhgn ni..
banyak kali gak dpt call camni tp xpernah bersetuju.. |
|
|
|
|
|
|
|
dari hari ke hari makin upgrade cara penipuan mereka2... |
|
|
|
|
|
|
|
biasanya yg call wakil dr bank offer insurans ni dr outsources company.dorg mmg dpt maklumat dr bank..dr situ dorg akan buat telemarketing..ada gak 2 3 member keje bhgn ni..zaliyana Post at 11-12-2011 23:40
kadang2 kesian ngan yang keje bahagian telemarketing... yang jujur n benar... tapi, bila byk kes penipuan, menyebabkan pelanggan takut (spt qt). so, terus reject. baik bank ubah strategi tu. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 17# cubby_qt
tula ksian kt kwn yg kje camni..gaji brdasarkn elaun n target...dorg pn dh benti sbb xtahan...lum lg kne maki smua tu..dorg yg call ni bukan bank tp company lain..
selalu dpt call represent maybank n public bank benda telemarketing ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply cubby_qt
tula ksian kt kwn yg kje camni..gaji brdasarkn elaun n target...dorg pn dh benti ...
zaliyana Post at 12-12-2011 22:57
Tu la kan... penipu2 itulah yang menutup periuk nasi kawan2 awak tu. cian.... |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|