|
Olimpian: Milik Adrian?2011/12/07\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nADRIAN Ang yang menggegar Pusat Bowling Jaya Ancol Jakarta dengan meraih empat pingat emas pada Sukan SEA XXVI, bulan lalu dijangka menjadi pilihan hangat dinobatkan pemenang anugerah Olimpian Lelaki Terbaik 2011 anjuran Majlis Olimpik Malaysia (MOM) pada 16 Disember ini.\rSementara itu, kejayaan menggegar Pusat Akuatik Jakabaring Palembang dengan memenangi lima emas meletakkan pasangan renang berirama, Katrina Ann Abdul Hadi dan Shareen Png sebagai pilihan terbaik merebut mahkota Olimpian Wanita Terbaik 2011.\r\n\n\n\n\r Namun, Adrian perlu bersaing dengan dua lagi calon iaitu penerjun, Bryan Nickson Lomas yang membawa pulang dua emas dan ‘robin hood’ Cheng Chu Sian yang turut membidik dua emas di Lapangan Memanah Jakarta.\r\r\n\n\n\n\n Katrina dan Hui Chuen pula akan dicabar ratu trek berbasikal, Fatehah Mustapa yang mempamerkan kayuhan berbisa dengan memenangi tiga emas di Velodrom Rawamangun serta penembak Nur Suryani Mohamed Taibi yang menembak tepat dua emas.\r“Pemenang akan menerima trofi dan hadiah RM10,000,” kata Setiausaha Kehormat MOM, Datuk Sieh Kok Chi, semalam.\rTahun lalu anugerah Olimpian Lelaki Terbaik dimenangi atlit karate, R Puvaneswaran manakala ratu skuasy, Nicol David diumumkan Olimpian Terbaik Wanita.
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|