|
LONDON: Robin van Persie terus mempamer ketajaman di depan gawang dengan meledak dua gol kemenangan 2-1 Arsenal ke atas Borussia Dortmund kelmarin dan menempah tiket ke pusingan kalah mati Liga Juara-Juara Eropah buat musim ke-12 berturut-turut. \rKemenangan itu meletakkan Arsenal di puncak Kumpulan F dengan 11 mata tanpa perlu memikirkan keputusan perlawanan terakhir kumpulan selepas Olympiakos turut menang 1-0 ke atas Marseille yang memberi sedikit nafas buat Dortmund untuk mara secara matematik. \r\r Begitupun, persembahan cemerlang Van Persie lebih mencuri tumpuan dengan mengumpul rekod 38 jaringan daripada 41 perlawanan buat Arsenal, dan 17 gol daripada 18 penampilan musim ini. \r\n\n\n\n\n\r“Dia berada pada masa di mana dia tidak perlu mencari gol, sebaliknya ia datang kepadanya. Dia sentiasa berada di posisi dan masa yang tepat,” kata pengendali Arsenal, Arsene Wenger. “Ia nampak mudah tetapi sebenarnya tidak. Dia berada di posisi itu kerana memahami permainan dengan baik.”\rPengurus Dortmund, Juergen Klopp turut memuji persembahan penyerang kelahiran Belanda itu.\r“Persembahan Van Persie malam ini (kelmarin) amat sukar dipercayai,” katanya yang menyaksikan pemain sama menjaringkan gol tunggal dalam perlawanan pertama menentang pasukannya September lalu yang berakhir 1-1. \r“Saya tidak dapat pastikan sama ada dia penyerang terbaik di Eropah ketika ini namun dia adalah antara yang terbaik. Sukar untuk saya melihat pemain yang begitu bagus di bahagian tengah dan amat berbahaya di dalam kotak penalti,” kata Kloop. \rVan Persie meledak gol pertama apabila melakukan larian bijak sebelum menanduk ke gawang selepas mendapat hantaran lintang Alex Song pada minit ke-49 dan menambah gol kedua ketika perlawanan berbaki empat minit menerusi rembatan jarak dekat sebelum pemain kelahiran Jepun, Shinji Kagawa menjaringkan gol sagu hati pelawat pada minit terakhir permainan. – Reuters
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|