|
Rentap Indonesia di final; kontinjen Malaysia tambah 6 emas, semalamAHMAD Fakri Saarani dijulang wira negara, semalam apabila jaringan tunggal pada lewat babak perlawanan membantu Malaysia layak ke final dua kali berturut-turut dan kini selangkah lagi mengulangi gemilang 2009 di Laos.\n\n\n\nDalam saingan separuh akhir di Stadium Gelora Bung Karno anak didik Ong Kim Swee menewaskan Myanmar 1-0 untuk bertemu Indonesia, esok bagi membuat perhitungan siapa bakal muncul pemenang pingat emas edisi ke-26 kali ini.\n\n\n\n\nKali terakhir Malaysia berjaya mempertahankan kejuaraan Sukan SEA adalah pada 30 September 1979 di Jakarta apabila menewaskan tuan rumah, Indonesia 1-0.Sementara itu, kontinjen negara menambah enam lagi pingat emas, semalam untuk menjadikan keseluruhan 47.Penyumbang emas negara ialah Mohd Harriff Saleh, Fatehah Mustapa (berbasikal trek), Heidi Gan (renang terbuka), Lee Yang (wushu), Png Hui Chuen, Katrina Ann Abdul Hadi (renang berirama) dan renang berirama berpasukan.Lagi berita menarik sekitar Sukan Sea 2011, dapatkan akhbar Berita Minggu hari ini.
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|