|
MSN tidak harus cepat bangga, 8 emas dari sukan bukan program merekaBEKAS pelumba Formula Satu (F1), Alex Yoong memenangi pingat emas ke-40 dalam acara ski air keseluruhan di Palembang, semalam - sekali gus membantu kontinjen negara memenuhi sasaran awal Majlis Sukan Negara (MSN).\n\n\n\nApapun, MSN tidak harus cepat bangga kerana ‘belum mencapai sasaran’ 40 hingga 45 emas yang ditetapkan ketika pencapaian setakat ini hasil bantuan daripada acara sukan yang langsung tidak dijangka dan hakikatnya bukan berada di bawah program mereka.\n\n\n\n\nAntara sukan berkenaan adalah ski air yang mencatat keputusan membanggakan dengan menyumbang empat emas, begitu juga lawan pedang (dua) dan renang perairan terbuka serta kuartet 4x400 meter yang masing-masing memenangi sebutir emas. Hakikatnya, sukan ini tidak berada dalam senarai sasaran awal MSN.Dengan empat emas, semalam daripada ski air (dua), lawan pedang (satu) dan bowling (satu), jumlah pungutan keseluruhan setakat ini ialah 41 emas, 40 perak dan 55 gangsa.
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|