CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 421|Reply: 1

Syria makin hampiri perang saudara

[Copy link]
Post time 19-11-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
DAMSYIK: Aktivis menggesa satu bantahan diadakan semalam bagi mendesak negara seluruh dunia  mengusir duta Syria dan memencilkan negara itu  ketika  Turki memberi amaran ketegangan itu akan bertukar menjadi perang saudara.\rMenteri Luar Perancis, Alain Juppe, berada di Turki untuk berbincang mengenai Syria menjelang lawatan ke negara Arab.\r\n\n\n\n\r“Apabila anggota yang berpaling tadah   bertempur dengan pasukan tentera, saya berasa ada risiko ia menjadi perang saudara,” kata Menteri Luar Turki, Ahmet Davutoglu, kepada AFP di Istanbul.\r\r\n\n\n\n\nDavutoglu merujuk kepada perkembangan baru tentera yang berpaling tadah meningkatkan serangan ke atas sasaran utama rejim dan berkata: “Disebabkan itu saya kata ada risiko ia menjadi perang saudara. Inilah masanya menghentikan pembunuhan beramai-ramai ini dan inisiatif Arab amat penting.\r“Jika ini tidak berjaya, memang jelas ada risiko berlakunya perang saudara atau ketegangan memuncak di Syria.”\rKelmarin, tentera kerajaan membunuh  lapan orang, termasuk dua kanak-kanak, kata aktivis, di sebalik kata dua Liga Arab supaya Syria menghentikan pertumpahan darah atau berdepan risiko sekatan.\rAktivis menggesa bantahan baru dengan mendesak negara seluruh dunia dan Arab, mengusir duta Syria.\r\n\n\n\n\rLiga Arab Rabu lalu memberikan rejim Syria tiga hari untuk menghentikan keganasan  ke atas rakyatnya atau berdepan sekatan ekonomi. – AFP

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-7-2013 10:43 AM | Show all posts
Salam Ramadhan kepada semua umat islam yang mula berpuasahari ini, Moga ibadah kita dipenuhi dengan keberkatan.
Dengan kedatangan Ramadhan, kita juga berharap umat Islam dinegara-negara yang bergolak akibat peperangang khususnya perang saudara diSyria dan pergolakan di Mesir akan bersama-sama menerima seruan agarmenghentikan segala bentuk pertelingkahan sesama Islam.
Saya juga telah melengkapkan analisa mengenai ketiga-tiganegara yang bergolak iaitu Mesir, Syria dan Turki seperti di bawah :
1.      Turki & Erdogan : Legasi bumi Uthmaniah kinibergolak
2.      Krisis politik Mesir : Tentera rampas kuasaredakan Arab Spring II
3.      Perang saudara di Syria : Perang proksi AS danRussia
Moga kita di Malaysia mendapat iktibar daripada pergolakantersebut dan menginsafi keamanan yang kita kecapi hari ini.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 05:59 AM GMT+8 , Processed in 0.043398 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list