View: 96|Reply: 0
|
Penyokong mahu peningkatan
[Copy link]
|
|
Capello tukar strategi pada pertemuan dengan Sweden di Wembley pagi esok\rLONDON: Selepas England berjaya mempamerkan kerja keras dan corak bertahan yang baik ketika menewaskan Sepanyol 1-0 Sabtu lalu, penyokong The Three Lions itu pasti mahu melihat satu lagi peningkatan pada aksi persahabatan menentang Sweden di Wembley, awal pagi esok.\r\n\n\n\n\r Dengan kerajinan pemain tengah, Scott Parker membolehkannya dinobat sebagai pemain terbaik perlawanan itu, gol kemenangan England ke atas juara Piala Dunia 2010 itu diperoleh menerusi tandukan Frank Lampard pada awal babak kedua.\r\r\n\n\n\n\n Namun pengurus, Fabio Capello bakal melakukan beberapa perubahan dalam kesebelasannya untuk bertemu Sweden dengan John Terry dan Gary Cahill akan kembali mengemudi benteng pertahanan manakala jentera serangan diterajui Daniel Sturridge dan Bobby Zamora.\r“Ketika bertemu Sepanyol, pemain tampil tanpa gentar. Mereka mempamerkan personaliti baik di atas padang. Saya dapat lihat mereka cukup baik untuk beraksi di samping pemain senior,” kata Capello merujuk kepada barisan mudanya termasuk Danny Welbeck dan Phil Jones.\rSementara itu, Sweden pula pasti mahu bangkit daripada kekalahan 0-2 kepada Denmark pada aksi persahabatan di Copenhagen Jumaat lalu, selepas mereka melayakkan diri ke Euro 2012, bulan lalu.\r“Memang saya tidak gembira. Kami tidak cukup agresif dan terlalu mudah kehilangan bola,” kata jurulatih Sweden, Erik Hamren selepas aksi dengan Denmark itu.\r\n\n\n\n\rKapten Sweden, Zlatan Ibrahimovic kembali selepas tercicir akibat kecederaan tetapi masih gagal meledak apabila digandingkan dengan Johan Elmander. – Reuters
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|