|
BEKAS pengendali Terengganu, Irfan Bakti Abu Salim memulakan tugas sebagai jurulatih baru Selangor pada sesi latihan pertama pasukan itu di Padang SUK Shah Alam, petang semalam.\rIrfan, 60, yang membawa Terengganu muncul juara Piala FA serta naib juara Piala Malaysia dan Liga Super musim ini, bertekad memburu sekurang-kurangnya satu piala buat Selangor musim depan.\r\n\n\n\n\r “Ini satu cabaran berat tetapi saya anggap ia satu tugas yang perlu dilaksanakan. Bagi Selangor, nombor dua adalah gagal. Jadi Selangor perlu bangkit untuk bergelar juara.\r\r\n\n\n\n\n “Mengenai pemain baru, saya tak pentingkan sangat dia berstatus bintang atau tidak. Saya nak pemain yang mahu bekerja kuat dan berdisiplin tinggi,” kata Irfan ketika ditemui, semalam.\rDua pemain baru sudah menyertai pasukan iaitu Hasmarul Fadzir Hassan, 25, dari FELDA United dan Khairul Anuar Khalid, 20, dari skuad Piala Presiden manakala Solihin Kanasian atau K Soley dari Kelantan akan menyusul hujung minggu ini.\rSelangor turut dilihat mencuba tiga pemain - Muszaki Abu Bakar (Negeri Sembilan), Wan Hoesne Wan Hussain (Johor FC) dan Adib Aizuddin Ab Latif (Johor) dalam usaha Irfan melengkapkan senarai lapan pemain baru tempatan.\r“Pemain pertahanan import dari Lubnan (Ramez Dayoub) akan datang Jumaat ini manakala kita sedang mencari seorang lagi import di posisi penyerang,” kata Irfan.\r\n\n\n\n\rSeramai 13 pemain lama dikekalkan iaitu Amri Yahyah, Safiq Rahim, Amirulhadi Zainal, Asraruddin Putra Omar, Bunyamin Umar, Azidan Sarudin, P Gunalan, Razman Roslan, Nasriq Baharom, Fitri Shazwan Raduwan, Fazilidin Khalid, Fairul Azwan Shahrullai dan G Jeevananthan.
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|