|
Dijemput bantu negara selepas 10 tahun bersara\rSAM Chong membuat kemunculan semula selepas 10 tahun dan selera mahu memenangi pingat emas acara snuker dan billiard jelas masih membara pada lelaki berusia 49 tahun itu.\r\n\n\n\n\r “Saya terkejut pada mulanya tetapi gembira menerima tawaran untuk kembali mewakili negara di Sukan SEA kali ini,” katanya yang yakin sentuhannya masih belum hilang.\r\r\n\n\n\n\n “Kali terakhir saya beraksi adalah sedekad lalu pada temasya di Kuala Lumpur tetapi pencapaian kami tidak begitu baik. Saya mahu menebus kehampaan itu di Palembang kali ini.” \rPemenang empat emas pada temasya di Bangkok 1995 itu menerima jemputan Persekutuan Snuker dan Billiard Malaysia (MSBF) untuk kembali mewakili negara selepas prestasi membanggakan ditunjukkan ketika Jelajah Kebangsaan, baru-baru ini apabila menghuni tempat kelima.\rSam yang kali terakhir mewakili negara di Sukan Asia 2002 akan bergandingan dengan pemain nombor satu negara,Thor Chuan Leong dalam acara beregu.\rDia dianggap pemain snuker terbaik pernah dilahirkan Malaysia dan satu ketika dianggap antara pemain digeruni di Asia. Pencapaian terbaik ialah memenangi Kejuaraan Asia, 21 tahun lalu.
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|