|
Lompat tinggi, 4x400m, terjun menjadi penyumbang kontinjenJAGUH lompat tinggi, Lee Hup Wei merakamkan hatrik Sukan SEA apabila memenangi pingat emas ketiga berturut-turut sejak 2007 acara lelaki di Jakarta, semalam pada hari yang menyaksikan acara terjun menjadi penyumbang terbesar dengan dua emas.\n\n\n\n Selain kejayaan Hup Wei, olahraga turut menyumbang satu lagi emas menerusi kuartet lelaki 4x400 meter lelaki manakala jaguh terjun wanita, Leong MunYee turut melakar nama di Palembang apabila mengutip emas kedua peribadi selepas bergandingan dengan Traisy Vivien Tukiet memenangi acara 10m platform berirama wanita.\n\n\n\n\n Terdahulu, gandingan Bryan Nickson Lomas-Yeoh Ken Nee membuka pungutan emas untuk negara apabila mengungguli acara 3m papan anjal seirama lelaki.Ia menjadikan keseluruhan 13 emas sudah dikutip kontinjen Malaysia selepas empat hari bertanding untuk berada di tangga kelima kedudukan pingat di belakang Indonesia, Thailand, Vietnam dan Singapura.Apapun, suasana menjadi muram dalam skuad karate negara yang gagal menambah koleksi emas selepas perak dan gangsa dalam acara Kumite berpasukan wanita dan lelaki untuk pulang dengan keseluruhan 4-2-8 bagi edisi kali ini.
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|