View: 96|Reply: 0
|
Skuad Projek 2013 mampu terus gegar
[Copy link]
|
|
Selepas juarai Piala Sultan Johor, kini buru slot ke Piala Dunia Remaja di IndiaKETUA jurulatih skuad Projek 2013, Mohd Dharma Abdullah mengakui barisan muda negara memiliki karektor selaku juara jika terus mempamerkan aksi terbaik sehingga Kejohanan Hoki Remaja Asia di Melaka, Mei tahun depan.\rKatanya, barisan muda negara tampak sudah bersedia untuk berdepan dengan jaguh Asia terutama Korea Selatan dan Pakistan untuk memburu slot ke saingan Piala Dunia Remaja di India pada 2013.\r\n\n\n\n\r \"Muncul juara Kejohanan Hoki Bawah 21 tahun Piala Sultan Johor adalah saingan kompetitif pertama buat saya dan pemain, malah mereka diberi pendedahan terbaik untuk bersaing dalam perlawanan sebenar dan bukan aksi persahabatan.\r\r\n\n\n\n\n \"Ramuan kemenangan pemain muda negara adalah hasil kesungguhan mereka beraksi tanpa kenal erti kekecewaan malah saya mengingatkan mereka supaya beraksi dengan tenang dan seolah-olah berada dalam situasi latihan untuk mengelak tekanan,” katanya.\rMohd Dharma mendedahkan dia kini dalam dilema untuk memilih penjaga gol utama selepas Mohamad Hazrul Faiz Ahmad Sobri yang pada awalnya sekadar penjaga gol simpanan mempamerkan aksi baik sekali gus meletakkan Muhammad Hafizuuddin Othman perlu bekerja keras untuk merampas kembali kedudukan selaku penjaga gol utama.\rPada aksi final kelmarin, Mohamad Hazrul Faiz dinobatkan pemain terbaik ekoran ketangkasannya menidakkan banyak percubaan berbahaya Australia. Turut cemerlang kapten Muhammad Noor Faeez Ibrahim yang menjaringkan gol emas pada minit ke-75 untuk memastikan Malaysia muncul juara edisi pertama kejohanan itu menewaskan Australia 3-2.
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|