|
SASARAN mengutip tiga mata pada perlawanan ketiga Kumpulan A sudah memadai buat skuad bawah 23 negara di Jakarta, semalam walaupun ketua jurulatih, Ong Kim Swee jelas kecewa dengan perubahan rentak permainan pada babak kedua menentang Kemboja.Kesebelasan utama Harimau Muda yang menyaksikan Izzaq Faris Ramlan diletakkan sebagai penyerang tunggal dan Yong Kuong Yong diturunkan buat pertama kali, mempamerkan persembahan kemas dan mengasyikkan sepanjang babak pertama yang menghasilkan tiga gol, tetapi memberi ruang kepada Kemboja membolosi gawang negara pada babak kedua sebelum Wan Zaharul Nizam Zakaria menambah gol pada minit terakhir.\n\n\n\n “Ini satu keputusan baik tetapi pada babak kedua pemain terlalu santai dan akibatnya kita dihukum satu gol,” kata Kim Swee yang memasukkan A Thamil Arasu menggantikan Izzaq dan Ahmad Fakri Saarani menggantikan Kuong Yong pada babak kedua.\n\n\n\n\n “Keutamaan kita ialah mencapai apa yang kita sasarkan pada perlawanan ini. Seperti pada perlawanan sebelumnya menentang Singapura dan Thailand, kita mempunyai banyak peluang tetapi hanya mampu menjelmakan dua gol.“Jadi empat gol pada perlawanan malam ini (semalam) dan corak permainan kemas pemain, adalah satu tanda positif menjelang pertemuan penentuan dengan tuan rumah Khamis ini. Cuma kita perlu lebih fokus sepanjang permainan itu nanti.”Kim Swee menegaskan, provokasi tuan rumah sekadar meningkatkan lagi semangat pemain untuk mencari kemenangan. “Kita sudah selangkah ke separuh akhir dan hanya memerlukan satu mata untuk layak, tetapi kami bermain bukan untuk satu mata,” kata Kim Swee.
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|