|
ABU DHABI: Duka ketika perlumbaan terakhir musim lalu di Grand Prix Abu Dhabi sudah terhapus dari minda Fernando Alonso yang kembali ke Litar Yas Marina, kelmarin. \rKesilapan strategi menyebabkan pemandu Ferrari itu terlepas kejuaraan dunia tahun lalu kepada pemandu Red Bull, Sebastian Vettel selepas menamatkan perlumbaan di tempat ketujuh dengan ketinggalan empat mata.\r\n\n\n\n\r Namun Alonso berkata, dia gembira kembali berlumba di litar yang turut menampilkan taman tema Ferrari sekalipun belum ada pemandu pasukan itu menaiki podium. \r\r\n\n\n\n\n “Ketika saya tiba ke sini malam tadi, saya berasa amat gembira,” katanya tersenyum. “Saya tidur dan bangun pagi ini sebelum ke kolam renang. Dari sana, saya dapat lihat paddock, warnanya. Ia adalah suasana yang baik, dan saya berkata, ini tempat yang baik untuk berlumba. \r“Saya tidak berfikir mengenai tahun lalu, mungkin kerana kami datang dari India dan Korea, yang dilihat tidak begitu selesa.”\rKemenangan Alonso di Silverstone kekal menjadi kejayaan tunggal Ferrari daripada 17 perlumbaan musim ini, namun pemandu Sepanyol itu berharap membawa pulang trofi daripada perlumbaan terakhir itu. \r“Motivasi sentiasa tinggi,” katanya. “Saya sudah meraih 72 podium setakat ini daripada semua litar selain Abu Dhabi. Jadi, hanya satu trofi masih belum saya dapat dan berharap tahun ini atau tahun berikutnya, saya dapat menakluknya juga.” – Reuters
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|