|
Ada pihak persoal dua aksi siri persahabatan jurulatih di India\rJURULATIH kebangsaan, Datuk K Rajagobal tampil menjawab kritikan segelintir peminat bola sepak tempatan yang mempersoalkan kewajarannya mengadakan dua aksi persahabatan antarabangsa menentang India di Guwahati dan Kolkata pada 13 dan 16 November ini.\r\n\n\n\n\r Bagi sesetengah pihak, aksi itu tiada faedahnya kerana skuad negara tidak mempunyai sebarang kejohanan antarabangsa dalam masa terdekat dan ia hanya menambah letih pemain selepas mengharungi musim panjang.\r\r\n\n\n\n\n “Sesiapa pun boleh beri pendapat. Tapi untuk saya, bila masa lagi boleh saya beri peluang kepada muka-muka baru jika tidak saya uji mereka sekarang.\r“Inilah medan untuk saya melihat kemampuan mereka berdepan situasi perlawanan antarabangsa. Lagipun yang mungkin keletihan hanyalah pemain yang beraksi sehingga final Piala Malaysia,” kata Rajagobal ketika ditemui di Wisma FAM, Kelana Jaya, semalam.\rSeramai 24 pemain itu kembali selepas tiga hari ‘menenangkan fikiran’ di Pulau Langkawi tanpa disertai Safee Sali yang akan terus ke India dari Jakarta dan Abdul Manaf Mamat yang menarik diri terus kerana baru kematian bapanya.\rRajagobal membayangkan hanya akan menggugurkan seorang atau dua pemain sebelum skuad itu berlepas ke India, Khamis ini memandangkan dia mahu menguji kesemua pemain di sana nanti.\r\n\n\n\n\r“Mungkin saya akan menurunkan set pemain berbeza pada setiap perlawanan di Guwahati dan Kolkata nanti. Sudah tentu kita mahu menang. Tapi kena ingat, India pasti mengambil serius kedua-dua perlawanan ini,” jelasnya.\rSebelum ke India, skuad negara akan mengadakan satu perlawanan ujian menentang juara Piala Malaysia, Negeri Sembilan di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, Selasa ini.
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|