|
Kim Swee lega skuad negara tidak berdepan ‘igauan 2010’\rDALAM tempoh 48 jam lagi, skuad bola sepak Malaysia akan turun ke gelanggang mempertahankan pingat emas Sukan SEA menentang Singapura dan suasana kali ini di Jakarta jelas jauh berbeza dengan ‘igauan 2010’.\r\n\n\n\n\r Masih segar dalam ingatan peminat tempatan betapa skuad Harimau Malaya mendapat ejekan dan provokasi penyokong Indonesia ketika saingan Piala AFF Suzuki, tahun lalu dan jangkaan bahawa gelagat sama berulang ke atas skuad Harimau Muda sudah meleset.\r\r\n\n\n\n\n Skuad kendalian Ong Kim Swee tiba ke Jakarta dan mengharungi sesi latihan pertama, semalam tanpa sebarang gangguan atau provokasi daripada penyokong tempatan.\r“Sebaik sampai ke Jakarta semalam (kelmarin), semuanya berjalan lancar dan tidak ada sebarang gangguan pada sesi latihan hari ini (semalam),” kata Kim Swee ketika dihubungi semalam. “Saya lihat moral dan semangat pemain cukup tinggi dan ini satu petanda positif.\r“Saya harap keadaan ini berterusan dalam usaha kita mempertahankan pingat emas Sukan SEA.” \rSebelum final kedua Piala AFF Suzuki di Gelora Bung Karno akhir tahun lalu, skuad kebangsaan kendalian Datuk K Rajagobal berdepan pelbagai rintangan sebaik tiba ke Jakarta, termasuk terpaksa menaiki kereta kebal Baracuda ke dalam stadium sebagai langkah keselamatan pada hari berkenaan.\r\n\n\n\n\rAntaranya lokasi padang latihan yang terletak agak jauh dari hotel penginapanmenyebabkan Malaysia yang mempunyai kelebihan tiga gol hasil kemenangan 3-0 di Stadium Nasional Bukit Jalil, tidak dapat menjalani latihan sehari sebelum perlawanan.\rSebaliknya Rajagobal dan anak buahnya sekadar menjalani latihan ringan di kawasan hotel yang turut menyaksikan sekumpulan penyokong tempatan mengejek dan mencerca skuad kebangsaan sepanjang sesi berkenaan.\r“Padang latihan hanya 30 minit perjalanan dari hotel penginapan kami, tetapi dalam perjalanan pulang ke hotel mungkin ia mengambil masa lebih panjang akibat kesesakan lalu lintas,” kata Kim Swee selepas sesi latihan di Stadium Kuningan semalam.\rSkuad B-23 bakal berdepan Singapura Isnin ini sebelum bertemu Thailand (9 November) dan Kemboja (13 November) dan Indonesia (17 November).\r
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|