|
“MASIH dalam perbincangan terakhir.”\rDemikian kenyataan Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS), Datuk Hamidin Mohd Amin ketika diminta mengulas kedudukan sebenar bekas jurulatih Terengganu, Irfan Bakti Abu Salim.\r\n\n\n\n\r Menurut Hamidin, Irfan ketika ini sedang mengadakan perbincangan terakhir bersama Timbalan Presiden FAS, Datuk Mokhtar Ahmad sebelum diumumkan secara rasmi sebagai jurulatih baru Selangor.\r\r\n\n\n\n\n “Irfan memang sejak 10 tahun lalu begitu berminat membimbing Selangor. Mungkin kini dia sudah cukup matang dan bersedia untuk bersama Selangor.\r“Perbincangan terakhir masih dibuat dan segala kemungkinan boleh berlaku. Apapun, Datuk Mokhtar akan buat pengumuman rasmi hujung minggu ini,” kata Hamidin ketika ditemui di Petaling Jaya, malam tadi.\rHamidin turut menafikan dakwaan ramai pemain Selangor musim ini mahu berhijrah ke pasukan lain, sebaliknya membayangkan 13 pemain akan kekal dengan hanya lapan pemain digugurkan.\rBiarpun cuba berahsia mengenai senarai nama pemain digugurkan itu, sumber rapat FAS mendedahkan mereka ialah penjaga gol Iqbal Suhaimi dan Saiful Amar Sudar, Khairul Anuar Baharom, Hardi Jaafar, D Surendran, Yosri Derma Raju, S Sritharan dan K Depan Sakwati, manakala Fadzli Saari minta dilepaskan.\r\n\n\n\n\rAntara yang kekal pula ialah Amri Yahyah, P Gunalan, Razman Roslan, Nasriq Baharom, Azidan Sarudin, Fitri Shazwan Raduwan, Bunyamin Umar dan Fazilidin Khalid sementara kedudukan Amirulhadi Zainal, Safiq Rahim dan Asraruddin Putra Omar masih belum pasti.\r“Mengenai pemain import pula, memang nama Mateja Kezman ada dalam senarai empat hingga enam yang kita senarai pendek tetapi ia akan diputuskan dua minggu lagi,” jelas Hamidin.
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|