LONDON: Pengurus Manchester City percaya Mario Balotelli boleh menjadi senjata rahsia Manchester City dalam saingan Liga Juara-Juara.\rPenyerang Itali yang terkenal dengan perangai gila-gila itu terlepas tiga perlawanan pertama bersama City kerana penggantungan ke atasnya musim lalu.\r\n\n\n\n\r Dan walaupun mereka menyinar dalam saingan tempatan apabila kekal sebagai pendahulu dan mengekalkan rekod tanpa kalah dalam saingan Liga Perdana, City masih gagal menyinar di pentas Eropah apabila hanya mengutip empat mata setakat ini tanpa penyerang itu.\r\r\n\n\n\n\n Tetapi Balotelli kembali dalam skuad yang berkunjung ke Villarreal hari ini dan mungkin disenaraikan dalam kesebelasan utama di El Madrigal.\rSuper Mario mungkin baru berusia 21 tahun tetapi dianggap veteran dalam saingan Liga Juara-Juara dan pernah memenangi kejuaraan itu bersama Inter Milan pada 2010.\rKini Mancini berharap penyerang itu mampu memberi nafas baru kepada kempen mereka dalam saingan kedua peringkat kumpulan.\rKatanya: “Mario semakin kuat dan saya yakin masanya sudah tiba. Dia akan menjadi senjata kami dalam Liga Juara-Juara. Dia tahu mengenai Liga Juara-Juara sejak bersama Inter.\r\n\n\n\n\r“Ini adalah pertandingan penting untuknya kerana dia akan beraksi kali pertama selepas digantung.”\rMancini yakin pasukan dari Etihad itu akan mara ke pusingan kalah mati walaupun berdepan permulaan hambar. Villarreal yang bergelut masih belum mampu bangkit dalam saingan La Liga. – Agensi