|
Mat Zan tekad lonjak Peteh ulangi sejarah 2001\rMAT Zan Mat Aris (gambar) kembali membawa bersama ‘Semangat 2001’, semalam apabila menyahut cabaran mahu melonjak nama bola sepak Terengganu ke satu lagi tahap tertinggi dalam kancah Liga Malaysia musim 2012.\r\n\n\n\n\r “Saya anggap ini satu cabaran kepada diri saya,” katanya yang bakal mengisi kekosongan ditinggalkan Irfan Bakti Abu Salim selaku ketua jurulatih skuad Peteh.\r\r\n\n\n\n\n Kelmarin, Irfan membuat kejutan besar menolak tawaran Persatuan Bola Sepak Terengganu (PBSNT) yang bersedia memberi kenaikan gaji, kereta baru dan kediaman kerana lebih cenderung membimbing skuad Selangor.\rMat Zan yang memimpin skuad Peteh muncul juara Piala Malaysia 2001 buat julung kali turut akur dia berdepan tugas sukar untuk meneruskan kecemerlangan Terengganu hasil ciptaan Irfan.\r“Mungkin sebahagian besar pemain yang sedia ada sekarang akan dikekalkan. Sebagai langkah awal, saya akan mengambil sedikit masa mengenali lebih dekat dengan pemain saya sebelum membuat sebarang keputusan,” katanya yang sebelum ini membimbing Pos Malaysia dalam saingan Liga Perdana.\rBekas tonggak skuad negara pada 80-an yang diberi jolokan ‘orang besi’ itu menambah: “Ia satu tugas yang berlainan kerana tanggungjawab sebagai jurulatih di saingan Liga Perdana dan Liga Super adalah perkara yang berbeza.”\r\n\n\n\n\r“Ia satu penghargaan besar buat saya walaupun saya sendiri sedar tanggungjawab dan tugas berat menanti saya untuk meneruskan rentak cemerlang Terengganu musim ini,” katanya ketika dihubungi semalam.\rPada final 2001 Terengganu menewaskan Perak 2-1.\rMat Zan kembali dilantik sebagai ketua jurulatih skuad Peteh untuk meneruskan prestasi hebat dilakukan Irfan Bakti yang berjaya meletakkan Terengganu di tahap tersendiri musim ini termasuk menjuarai Piala FA, naib juara Piala Malaysia dan naib juara Liga Super.
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|