|
Beremosi kenang kematian tragis 2 pelumba di litar\rNOIDA: Formula Satu (F1) meraikan Grand Prix (GP) India pertama, kelmarin tanpa melupakan pemergian dua rakan dari dunia sukan permotoran.\r\n\n\n\n\r Juara dunia berganda dari Red Bull, Sebastian Vettel, bangga apabila namanya tersenarai menjadi pemenang pertama di Litar Antarabangsa Buddh yang baru, meraikan kejuaraannya dengan emosi yang bercampur-campur.\r\r\n\n\n\n\n Perlumbaan itu dimulakan selepas seminit bertafakur ekoran kematian juara berganda Indy 500, Dan Wheldon dan penunggang MotoGP dari Itali, Marco Simoncelli, yang masing-masing terbunuh dalam kemalangan ketika perlumbaan bulan lalu dan berakhir dengan satu dedikasi.\r“Pada satu keadaan, saya berasa sangat, sangat gembira,” Vettel, 24, memberitahu wartawan selepas meraikan kemenangan ke-11 baginya musim ini.\r“Ia adalah GP pertama di India dan saya begitu bangga menjadi pemenang pertamanya dan saya rasa kita boleh menjadi satu pasukan tetapi apabila melihat semula pada pada satu keadaan... kita kehilangan dua rakan.\r“Saya tidak mengenali Dan Wheldon tetapi dia nama besar dalam sukan permotoran. Saya mengenali Marco Simoncelli tahun ini dan simpati dari kami untuk mereka. Ya, kami bersedia untuk mengambil risiko tertentu apabila kami memasuki kereta, tetapi tentunya pada setiap masa kami berdoa supaya tiada apa yang berlaku, tetapi kadang kala ia terjadi dan ia perkara yang kita tidak ingin saksikan,” tambah pelumba Jerman itu. - Reuters
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|