CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 200|Reply: 0

Serik, takut

[Copy link]
Post time 31-10-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Sedia kembali ke lokasi\rSEPATUTNYA nama Siti Elizad Mohd Sharifudin atau Ejad sudah sebaris dengan pelakon handalan atau bintang popular ketika ini kerana penampilannya dalam beberapa filem yang menyakinkan.\r\n\n\n\n\rBermula daripada filem Berlari Ke Langit diikuti dengan Gangster, Main-Main Cinta, Rock, Bilut, Lembing Awang Pulang Ke Dayang dan Cinta Yang Satu. \r\r\n\n\n\n\nMalangnya, nama Ejad kini bagaikan tenggelam timbul, malahan kadang-kadang seperti sudah tidak disedari kehadirannya dalam dunia lakonan. Tambahan pula ketika ini semakin ramai bakat baru yang datang silih berganti membuatkan ruang untuk Ejad mencari peluang dalam dunia semakin sempit. \rBagi pelakon berusia 27 tahun ini, masalah keluarga dan kesihatan dirinya membuatkan dia terpaksa memperlahankan kerjaya seninya. \rMisalnya, baru-baru ini dia mengalami sakit perut keterlaluan hingga memaksa menjalani pemeriksaan disusuli pembedahan membuang ketumbuhan cyst yang dikesan serentak apendiks seminggu kemudian membuatkannya serik.\rWalau peristiwa memasuki bilik pembedahan sudah sebulan berlalu, manakala lukanya juga beransur pulih, baginya pengalaman itu begitu menakutkan.\r\n\n\n\n\r“Selama ini saya hanya menyangka perut saya berdepan masalah buncit. Saya mengawal pemakanan, berbengkung apabila keluar dan waktu malam pula melakukan regim menyapu losyen pembakar lemak.\r“Cuma saya perasan sejak awal tahun masalah pada bahagian itu semakin kronik. Selepas melalui pemeriksaan, doktor mengesan kewujudan cyst yang menekan buah pinggang sekali gus mencetuskan rasa perit.\r“Saya terlalu takut. Selepas dikeluarkan, doktor memaklumkan selama ini rupa-rupanya saya membawa cyst seberat empat kilogram,” katanya yang kini tampak lebih langsing.\rMengakui bersyukur kerana kejadian itu secara tidak langsung mengingatkannya supaya sentiasa maklum perubahan diri, sebagai wanita tegasnya penjagaan kecantikan secara luaran saja tidak mencukupi sekiranya soal dalaman tidak diambil peduli.\r“Sekarang saya tidak lagi memikirkan mahu sentiasa cantik dan langsing kerana ia akan pudar ditelan waktu namun kesihatan dalaman yang sentiasa dijaga mampu membuatkan kita cergas sepanjang masa,” katanya. \rBerbicara soal kerjaya, Ejad memaklumkan banyak produksi yang beranggapan dia masih mengambil cuti sakit sedangkan hakikatnya si pemilik mata bundar itu sudah sedia beraksi di hadapan kamera.\r“Kesihatan semakin pulih. Luka pembedahan cepat sembuh dan kini saya tidak sabar kembali bekerja,” ceritanya lagi.\rAda teman akrab baru\rSebelum mengambil cuti sakit, Ejad sempat menyelesaikan penggambaran telefilem Jamilah I Love You pada Julai lalu. Kini, selebriti yang mula bertapak di arena seni sejak enam tahun lalu itu semakin bersemangat untuk kembali bekerja, yang dikatakan didorong beberapa faktor terutama bosan dan sunyi.\rTanpa berselindung, aktres yang aktif di bidang peragaan itu turut mengakui barangkali kesunyian tanpa teman istimewa membuatkannya mahu melupakan lara dengan menyibukkan diri di set penggambaran daripada bersendirian di rumah.\rPemergian ibu tersayang, Nazariah Mohd Salleh, 62 pada April lalu juga menyebabkannya terasa kehilangan apatah lagi sebagai satu-satunya anak perempuan daripada lima bersaudara, Ejad sentiasa mendapat perhatian si ibu serta seisi keluarga.\r“Saya kini kembali tinggal dengan ayah kerana lebih dekat dengan pusara ibu. Adik-beradik saya yang lain pula sudah berkeluarga tetapi syukur mereka tetap mengambil berat dan berharap saya bertemu jodoh dengan cepat,” tambahnya tatkala menyentuh soal cinta.\rEnggan mengenang kasih lalu yang tidak kesampaian, anak jati Kuala Lumpur itu menyerahkan soal jodoh di tangan Yang Maha Kuasa namun jika dimakbulkan biarlah lelaki yang bakal menghuni hatinya mampu menjadi teman suka duka sepanjang hayat dan menghormati orang tua.\rKetika ini ruang lingkup kehidupan solonya semakin terisi sejak kehadiran si kucing parsi bernama Snowball atau nama manjanya Tobel yang disifatkan sebagai teman akrabnya.\r“Tobel milik adik ipar saya, tetapi selepas melahirkan anak sulungnya yang juga anak buah kesayangan saya kira-kira enam bulan lalu, dia menyerahkan kucing itu kepada saya. Sejak itu kami tidak pernah berenggang,” katanya.\rPROFIL\rNama penuh: Siti Elizad Mohd Sharifudin \rTarikh Lahir: 25 Mei 1984 \rAsal: Kuala Lumpur \rStatus: Bujang \rKeluarga: Anak keempat daripada lima adik-beradik \rKerjaya: Pelakon, Pengacara, Model \rFilem: Berlari Ke Langit, Gangster, Main-Main Cinta, Rock, Bilut, Lembing Awang Pulang Ke Dayang, Cinta Yang Satu

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-2-2025 02:12 AM GMT+8 , Processed in 0.156168 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list