View: 81|Reply: 0
|
Danny menyinar, Shaaban kecewa
[Copy link]
|
|
DUA pemain profesional tempatan - Danny Chia dan Shaaban Hussin - menamatkan saingan dengan perasaan berbeza selepas empat hari bersaing di kejohanan berprestij Klasik Asia Pasifik Malaysia-CIMB.\rMengumpulkan 48 pemain tanpa pusingan penyingkiran, Danny dan Shaaban bermula perlahan pada pusingan pertama Khamis lalu apabila masing-masing mencatat par, 71 dan satu atas par 72, tetapi Danny bangkit pada baki saingan dengan catatan 65, 66 dan 70 untuk menyertai kelompok 13 terbaik kejohanan, sekali gus meraih AS$85,000 (RM260,483) sebagai ganjaran.\r\n\n\n\n\r Shaaban pula terus bergelut untuk menamatkan pusingannya dengan catatan par dan merakam 72, 75 dan 72 pukulan pada tiga hari berikutnya untuk mengakhiri kejohanan di tangga ke-45 daripada keseluruhan 48 pemain.\r\r\n\n\n\n\n “Pengalaman menyertai kejohanan ini sungguh menakjubkan,” kata Danny yang menamatkan penyertaan sulungnya di kejohanan edisi kedua itu dengan keseluruhan 12 bawah par 272.\r“Salah satu daripada impian saya ialah bermain dengan pemain PGA dan apa yang saya lalui sepanjang empat hari ini amat menggembirakan. Saya gembira dengan permainan minggu ini dan kesabaran ketika bermain, sukar dipercayai.\r“Sokongan padu peminat tempatan juga membuatkan saya lebih bersemangat hari ini (semalam). Saya rasa seperti seluruh negara berada di belakang saya. Bukan mudah untuk beraksi di luar sana tetapi saya rasa saya tidak menghampakan mereka.”\rShaaban yang beraksi buat kali kedua berturut-turut di kejohanan diiktiraf Jelajah PGA dan Asia itu, kecewa tersasar daripada matlamat tetapi ia memberinya pengajaran berguna.\r\n\n\n\n\r“Permainan saya masih jauh berbanding pemain PGA lain. Masih banyak yang perlu saya pelajari dan sasaran saya selepas ini ialah mengekalkan kad Jelajah Asia. Peluang bermain di kejohanan ini meningkatkan keyakinan saya dan harap lebih ramai pemain tempatan diberi peluang menyertainya tahun depan.”
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|