CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 83|Reply: 0

Chong Wei bangkit di Paris

[Copy link]
Post time 31-10-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
JAGUH negara, Lee Chong Wei bangkit daripada kekecewaan di Denmark apabila muncul juara Siri Super Terbuka Perancis selepas menundukkan pemain Jepun, Kenichi Tago 21-16, 21-11 di Stadium Pierre de Coubertin, Paris, malam tadi. \rSelepas tunduk dua kali berturut-turut kepada bintang muda China, Chen Long, Chong Wei menebusnya pada saingan separuh akhir kelmarin dan tampil bersemangat di final untuk membenam Tago dalam tempoh hanya 39 minit.\r\n\n\n\n\r    Ia adalah kejuaraan ketujuh Chong Wei dalam 10 aksi final tahun ini dan kemenangan kali kelapan ke atas buat pemain ranking ke-19 Jepun yang ditewaskan kali terakhir di suku akhir Terbuka Jepun, September lalu.\r\r\n\n\n\n\n   Dalam laluan ke final, pemain nombor satu dunia berusia 29 tahun itu menewaskan Wan Ho Shon dari Korea Selatan 21-11, 21-11 di suku akhir sebelum melepasi badi ngerinya, Chen Long 23-21, 17-21 dan 21-15 di separuh akhir.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 07:42 AM GMT+8 , Processed in 0.036223 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list