|
Bekas pemain nombor 1 laung amaran tawan golf CIMB KlasikBINTANG Fiji, Vijay Singh mahu mengembalikan semula sentuhannya pada kejohanan golf CIMB Klasik Asia Pasifik di lapangan The Mines Resort and Golf Club, Seri Kembangan hari ini, bagi menamatkan musim dengan nota kemenangan.\rBekas pemain nombor 1 dunia dan tiga kejuaraan utama itu bakal bersaing dengan juara bertahan, Ben Crane serta trio juara kejohanan utama, Angel Cabrera, Lucas Glover dan Stewart Cink, selain Camilo Villegas, Robert Allenby serta bintang Asia, Thongchai Jaidee, Jeev Milkha Singh dan S S P Chowrasia.\r\n\n\n\n\r Namun Vijay, 48, sudah tentu mahu mengecapi kemenangan di Malaysia - negara yang menyaksikan detik permulaan karier profesionalnya pada awal 1980-an, selepas kini bebas daripada kecederaan yang menjejaskan prestasinya sejak dua tahun lalu.\r\r\n\n\n\n\n “Saya memulakan karier di sini dan isteri saya juga berasal dari Malaysia. Ia adalah lapangan yang baik buat saya. Lagipun, sudah 10 atau 11 tahun tidak berada di sini,” kata Vijay.\rPenyandang juara, Crane turut teruja kembali beraksi di Malaysia berbekal kejayaan menjuarai Klasik McGladrey dalam siri Jelajah PGA, baru-baru ini.\r“Menyeronokkan dapat kembali dan mengingati semula pukulan yang dilakukan tahun lalu. Saya bangga dapat beraksi sekali lagi dengan status sebagai juara sulung,” kata Crane.\rBintang Thailand, Thongchai turut mengidam kejuaraan dengan berkata pukulannya sejak dua minggu lalu cukup baik. \r\n\n\n\n\r“Saya lebih yakin. Jika dapat buat hanyunan baik di sini, saya rasa peluang lebih cerah.”
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|