|
MU ke suku akhir Piala Liga tapi senior belum pasti ke aksi EPL LONDON: Manchester United dan Arsenal mara ke suku akhir Piala Liga selepas menewaskan lawan masing-masing, Aldershot 3-0 dan Bolton 2-1 pada aksi pusingan keempat, awal pagi semalam.\rLantas pengurus United, Alex Ferguson memberi amaran kepada pemainnya yang dibelasah Manchester City 6-1, Sabtu lalu bahawa tempat mereka tidak semestinya terjamin untuk aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) menentang Everton, Sabtu ini.\r\n\n\n\n\r Dengan hanya mempertaruhkan barisan simpanan, United mudah mengetepikan cabaran Aldershot menerusi jaringan Dimitar Berbatov pada minit ke-15, Michael Owen (41) dan Antonio Valencia (48).\r\r\n\n\n\n\n “Mereka (pemain simpanan) sentiasa membuatkan saya pening. Inilah kesukaran apabila memiliki ramai pemain yang bagus.\r“Itu sebab saya turunkan mereka pada perlawanan ini kerana mereka jarang mendapat tempat dalam perlawanan utama,” kata Ferguson.\rSementara itu, jaringan sulung Park Chu-young bersama Arsenal turut menjadi gol kemenangan kelab London itu selepas Andrei Arshavin memadam gol pendahuluan Bolton menerusi Fabrice Muamba.\rChu-young sebelum ini kurang diberi peluang oleh pengurus Arsenal, Arsene Wenger sejak dibeli dari Monaco, tetapi penyerang 26 tahun itu mempamerkan aksi baik pada penampilan keduanya.\r\n\n\n\n\r“Kualiti pergerakan bolanya cukup luar biasa. Sentuhan penyudahnya juga hebat. Dia tampak sudah bersedia untuk beraksi dalam perlawanan liga,” kata Wenger. – Agensi
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|