|
Marzuki mahu ulangi pencapaian satu dekad laluDUA zaman berbeza namun tetap dengan sasaran sama. Itulah gambaran jelas tugas dipikul kapten pasukan gergasi Pantai Timur, Terengganu, Marzuki Yusof (kiri) menjelang pertembungan dengan Negeri Sembilan di final Piala Malaysia Sabtu ini selepas menjulang trofi itu pada 2001.\rKejayaan menumbangkan juara bertahan, Kelantan di suku akhir dan juara 32 kali, Selangor di separuh akhir bagaikan satu tonik buat pemain veteran itu untuk membantu Terengganu menjulang trofi berprestij itu, sekali gus menjadi kapten Terengganu kedua menjulang Piala Malaysia selepas Zulharisam Awang.\r\n\n\n\n\r “Kami akan bermati-matian dan berjanji meneruskan momentum cemerlang seperti yang ditunjukkan pada peringkat kalah mati sebelum ini, sekali gus membawa pulang trofi ini buat kali kedua ke Terengganu selepas menjuarai Piala FA lalu,” katanya.\r\r\n\n\n\n\n Pada penampilan sulung bersama skuad Penyu di final 2001, Terengganu diketuai Zulharisam manakala Marzuki yang turut beraksi ketika itu, nyata belum puas dan mahu menambah koleksi pingat kemenangannya musim ini.\rNamun dia akur juara 2009 Negeri Sembilan yang layak ke final buat kali ketiga berturut-turut, bukan sebuah pasukan mudah dan ia turut mencetuskan sedikit kerisauan dalam persiapan kem Terengganu.\r“Kita tidak boleh leka, perlu elak kesilapan serta waspada dengan kemampuan pemain mereka terutama Hairudin (Omar). Dia (Hairudin) perlu ‘dirantai’ kerana sedikit peluang, dia mampu memusnahkan harapan kami untuk menjulang trofi kedua musim ini,” katanya.
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|