CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 133|Reply: 0

AS tuduh ejen Iran bunuh duta Arab Saudi

[Copy link]
Post time 13-10-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Pasukan Quds didakwa di mahkamah persekutuan New York\rWASHINGTON: Amerika Syarikat menuduh ejen kerajaan Iran terbabit dalam plot untuk membunuh duta Arab Saudi ke negara itu. Adel A al Jubeir dengan bantuan anggota kartel dadah Mexico, lapor akhbar Arabnews yang memetik AP.\r\n\n\n\n\rPeguam Negara, Eric Holder berkata,  Amerika mahu Iran bertanggungjawab. Dua orang termasuk seorang anggota unit operasi khas Iran yang dikenali Pasukan Quds didakwa di mahkamah persekutuan New York.  \r\r\n\n\n\n\n  Presiden Barack Obama menyifatkan yang rancangan pembunuhan itu sebagai melanggar undang-undang Amerika dan antarabangsa secara terang-terangan.\r“Kami tidak akan membenarkan negara lain menggunakan tanah kami sebagai medan perang mereka,” kata  Preet Bharara, peguam Amerika di Manhattan, pada sidang media Washington bersama Holder dan Pengarah Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) Robert Mueller.\rHolder menuduh rancangan itu  angkara Angkatan Pengawal Revolusi Islam (IRGC), pengawal revolusi Iran yang  berusia 32 tahun dan pasukan rahsianya, Quds.    \r“Pegawai atasan dalam agensi kerajaan Iran bertanggungjawab terhadap rancangan ini,” katanya.\r\n\n\n\n \rMueller berkata,  banyak nyawa akan hilang dalam rancangan pembunuhan duta itu di Amerika.\rBeliau berkata, plot itu membabitkan pemantauan panggilan antarabangsa, wang dadah Mexico dan cubaan meletupkan sebuah restoran Washington.\rDitanya sama ada rancangan itu dibuat dengan restu kepemimpinan kerajaan Iran, Holder berkata,  Jabatan Kehakiman tidak mahu membuat  tuduhan. \rSementara itu, pembantu Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad kelmarin menafikan republik itu terbabit dengan rancangan  membunuh misi Arab Saudi ke Washington dalam serangan besar-besaran. – AP/Reuters/Agensi

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-2-2025 02:00 AM GMT+8 , Processed in 0.040932 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list